Resepi Makaroni Goreng Mamak

Di dalam entri resepi kali ini, saya ingin kongsikan satu lagi resepi yang mudah iaitu Resepi Makaroni Goreng Mamak. Resepi ini boleh disediakan untuk sarapan pagi, minum petang atau bila-bila masa yang sesuai. Jom sama-sama kita lihat bahan dan cara bagaimana menyediakan resepi ini.


Resepi Makaroni Goreng Mamak
oleh : ciklaili.com

Bahan-bahan :
1 cawan makaroni (direbus)
1 biji bawang besar (dihiris)
3 biji bawang putih (dihiris)
2 sudu cili giling / cili boh
1 sudu kicap manis
1 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
Potongan ayam/daging/sotong
Gula & garam secukup rasa
Sedikit air
2 biji telur

Cara-cara memasak Makaroni Goreng Mamak :
1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan cili giling, kicap manis, sos cili dan sos tiram. Biarkan seketika.
3. Masukkan potongan ayam/daging/sotong dan sedikit air. Biarkan bahan-bahan tadi masak.
4. Perisakan dengan gula & garam. Masukkan makaroni dan gaul bersama bahan.
5. Pecahkan telur di bahagian tengah kuali. Biarkan 30 saat dan gaulkan makaroni tersebut.
6. Angkat dan hidangkan semasa masih panas.

Selamat mencuba!

Post a Comment

13 Comments

  1. Terus rasa lapar akak ni tengok gambar di atas. Boleh cuba resepi mudah di waktu cuti sekolah

    ReplyDelete
  2. Resepi ala mamak tentu sedap. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami suka makan mee goreng mamak. jadi tukar aje mee dengan makaroni :)

      Delete
  3. baru je masak macaroni goreng ni last weekend, anak2 mmg suka mkn ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti anak-anak suka makan makanan yang dimasak oleh ibunya :)

      Delete
  4. sy pn selalu wat resepi cmni.. cpt pastu mudah...

    ReplyDelete
  5. terus terasa lapar pulak...hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni yang nak kena cuba resepi makaroni goreng mamak ni...

      Delete
  6. nampak simple dan menyelerakan..
    bentuk makaroni pun menjadi daya tarikan pada kanak2 utk menikmatinya..

    ReplyDelete
  7. makaroni ala mamak ye..hehehe...macam best je

    ReplyDelete