Raya Bersama Kawan-Kawan SMKASL


Selamat hari raya buat semua pembaca blog ciklaili.com. Alhamdulillah...hari ini baru berkesempatan untuk update blog setelah beberapa hari menyambut aidil fitri.

Gambar yang saya kongsikan ini adalah gambar sebahagian kawan-kawan sekolah (batch ke-5 SMKASL) bersama suami/isteri dan anak-anak di hadapan mercu tanda sekolah kami dahulu - SMKA Simpang Lima Sungai Besar, Selangor semasa baraan hari raya yang diadakan pada hari raya ke-4.

Tahun 2013 genaplah 17 tahun kami semua telah meninggalkan tempat yang penuh dengan kenangan pahit dan manis semasa zaman remaja. Bila berdiri di depan pintu masuk sekolah terbayang satu persatu wajah guru-guru yang pernah mendidik dan mengajar kami sehingga berjaya. Terima kasih cikgu.

Bagaimana dengan anda pula, sempat tak beraya bersama kawan-kawan sekolah?



Post a Comment

21 Comments

  1. saya pun ex-smkasimpang5 jugak !!! semalam pun kami (batch 20) buat baraan jugak...hidup simpang !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh..ye ke? Kami batch ke-5..beza 15 batch la kita ni ye..

      salam perkenalan dari senior SMKASL :)

      Delete
  2. Replies
    1. Terima kasih. Selamat hari raya juga buat anda sekeluarga..

      Delete
  3. Tentu seronok bila dapat buat reunion cam ni kan cik laili... bukannya apa, apabila dah bekerja dan berkeluarga,memang susah dah nak jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok. Kawan2 ni datang dari area Lembah Klang & beraya ke rumah kawan disekitar Sungai Besar termasuk rumah saya..

      Delete
  4. Seronok dapat berjumpa kawan-kawan sekolah semula ya ! ke mana agaknya kawan-kawan sekarang? Selamat hari raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami selalu 'jumpa' dalam facebook & whatsapp je.

      Delete
  5. Selamar Hari Raya & maaf zahir batin kak..

    DN minggu ni baru nak beraya dgn kawan2 SMKASL... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya juga buat DN. Jangan lupa singgah sekolah & ambil gambar depan mercu tanda yang lama ni..

      Delete
  6. Wah ada reunion. Takde pula SMK buat reunion. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baraan raya dari kawan2 yang tinggal di Lembah Klang. Saya yang memang tinggal di Sungai Besar pun join sama..

      Delete
  7. Tak dapat jumpa juga member sekolah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin raya tahun depan boleh kumpul bersama :)

      Delete
  8. hehehhee..seronok Laili jumpa diorang kan..?saya masih belum berkesempatan join baraan B5J5..sangat cemburu..tp xpe..saya sayang semua n sy buat juga entri gambar dan cerita yang sama di http://ummuamar.blogspot.com :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok. Insya allah zah, next raya jangan lupa join sekali ye..

      Delete
  9. Selamat hari raya kak laili..baraan rumah cikgu2 ke?hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya juga. sempat ke rumah cikgu Bosrowi & cikgu Latifah je..

      Delete
  10. selamat hari raya maaf zahir dan batin. meriah, beraya macam ni buat tak lupa sampai bila-bila.

    ReplyDelete
  11. selamat hari raya cik laili..bestnye dapat buat reunion masa raya-raya ni..terasa sekejapnye masa berlalu..:)

    http://vitaminhalal.com/

    ReplyDelete