Permohonan Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Ambilan Tahun 2013

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru (IPG), KPM bagi tahun 2013 dan tempoh pengajian adalah selama 18 bulan.


Calon-calon hendaklah :
1. Warganegara Malaysia.
2. Sihat fizikal dan mental.
3. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2013 iaitu lahir pada atau selepas 1 Januari 1978.
4. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan yang setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
5. Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisan atau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM.

Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut :
(i) Bahasa Arab
(ii) Pendidikan Islam
(iii) Pendidikan Khas j-QAF

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 26 September 2012 (Rabu) jam 9.00 pagi.

Tarikh tutup permohonan pada 3 Oktober 2012 (Rabu) jam 11.59 malam.

Post a Comment

0 Comments