Permohonan Pertukaran Guru Sesi Jun 2012 | e-GTukar Jun 2012


* Semakan Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Sesi Jun 2012

Makluman buat guru-guru yang ingin membuat Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Jun 2012 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DGA29, DGA32 (KUP time based), DG41, DG44(KUP time based) dan DG48 (KUP time based), permohonan pertukaran akan dibuka mulai 1 - 30 April 2012.

Bagi guru DG44, anda perpeluang untuk memohon ke IPG, IAB dan Kolej Matrikulasi (hanya guru peringkat menengah sahaja yang layak memohon ke Kolej Matrikulasi).



Keputusan Permohonan pertukaran Guru Sesi Jun 2012 akan dikeluarkan mulai 19 Mei 2012 dan maklumat penempatan ke sekolah pula boleh disemak mulai 26 Mei 2012.

Sila click gambar di bawah untuk terus ke sistem e-GTukar.

Anda dinasihatkan untuk menggunakan Internet Explorer sahaja
dan bukan Mozilla atau Google Chrome

Sekiranya terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, anda diminta untuk berhubung dengan pegawai unit Menengah / Rendah di Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula.

"Untuk mengisi borang e-GTukar, pemohon perlu mengemaskini data EMiS dan e-Operasi (bermula 1 hingga 31 Mac 2012) terlebih dahulu. Kemudian barulah memohon melalui Sistem e-GTukar"

Post a Comment

0 Comments