Prosedur Rayuan Pembatalan Nama Dari Senarai Hitam / Tindakan Saman PTPTN

Bagi anda yang telahpun disenaraihitam dan/atau menerima saman dari pihak PTPTN, terdapat prosedur rayuan yang boleh anda lakukan sebelum penghakiman direkodkan. 

KEMUKAKAN SURAT RAYUAN

Peminjam perlu mengemukakan permohonan rayuan rasmi berhubung rancangan pembayaran yang bakal dilaksanakan bersertakan dokumen-dokumen yang telah ditetapkan seperti berikut :

(i) Surat Rayuan; dan
(ii) Salinan Slip Gaji terkini sekiranya bekerja; atau
(iii) Penyata pendapatan bagi peminjam yang bekerja sendiri; atau
(iv) Surat Akuan daripada Pesuruhjaya Sumpah diperlukan sekiranya peminjam tidak bekerja; atau
(v) Penyata KWSP yang terkini sekiranya ada; atau
(vi) Surat Tawaran Belajar jika masih belajar; atau/dan
(vii) Pengesahan pindaan tarikh tamat pengajian dari IPT jika masih belum menamatkan pengajian.
MAKLUMAN/SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN
 
Keputusan rayuan akan dimaklumkan kepada peminjam melalui email atau telefon (jika maklumat dikemaskini). Peminjam juga boleh menyemak keputusan rayuan dengan menghubungi Hotline di talian 03-2080 4455.

PEMBATALAN NAMA DARI SENARAI HITAM DAN/ATAU SAMAN (SEBELUM PENGHAKIMAN DIREKODKAN)
 
Bagi membatalkan nama dari senarai hitam dan/atau saman (hanya layak bagi kes penghakiman belum direkodkan), peminjam perlu mengemukakan dokumen berikut selepas bayaran dibuat berdasarkan keputusan rayuan.

(i) Surat Akuan
(ii) Slip bayaran (jika bayaran belum direkodkan dalam penyata)
(iii) Borang Potongan Gaji / Salinan borang standing instruction
Pertanyaan atau serahan dokumen berkenaan boleh diajukan kepada:
(i) Kaunter Bahagian Penguatkuasan dan Kutipan Balik, PTPTN.
(ii) One Stop Center, KL Sentral.
(iii) Info Center di Sabah dan Sarawak.
(iv) Call Center PTPTN di talian 03-20804455.

 URUSAN PERTUKARAN UJRAH (1%)

Pengemaskinian maklumat bagi pertukaran kepada pembiayaan Ujrah (1%) telah dibuka semula mulai 1 Januari 2012. Penawaran adalah berasaskan baki pinjaman semasa pada tarikh pengemaskinian maklumat. Sila clik sini untuk pengemaskinian maklumat.

Post a Comment

0 Comments