Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tahun 2012

Terkini : Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan 1 SBP Tahun 2013.

Bagi calon UPSR 2011 dan ibu bapa/penjaga yang telah membuat permohonan masuk ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tahun 2012, semakan tawaran sudah boleh diakses melalui aplikasi online KPM mulai 14 Disember 2011 hingga 5 Januari 2012

Sila click gambar / link di bawah :

 

Bagi yang tidak berjaya, anda boleh mengemukakan rayuan melalui e-Rayuan yang terdapat di laman web tersebut. Tarikh tutup e-Rayuan : 5 Januari 2012

Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran murid yang menerima tawaran ke SBP masing-masing.
 

Post a Comment

8 Comments

  1. Kenapa ramai murid yg mendapat keputusan 5A UPSR kwsn luar bandar tidak mendapat tempat di SBP bagi tahun 2013? Apakah kriteria yg diambilkira?

    ReplyDelete
  2. Itulah sepupu saya berada di luar bandar 5a pun xdapat juga.

    ReplyDelete
  3. syukur alhamdulillah saya dapat tawaran di smk sains sembrong:)=>from nasyitah

    ReplyDelete
  4. Anak murid saya menelefon saya..sedih tiada tempat untuk mereka..di SBP....murid lelaki yg kurang menonjol
    koko tapi 5A..dapat..murid perempuan yang menonjol KOKO..dan 5a tidak dpt mana2....

    ReplyDelete
  5. Anak saya perempuan dapat: UPSR 5A, UPKK 8A, penglibatan koku sehingga peringkat kebangsaan, jawatan khas pengawas, pengerusi, setiausaha pun ada, TKRS (Sarjan), kelab dan persatuan pun aktif, persembahan kebudayaan pun terlibat, sukan semua jenis masuk......tapi apa ada...kosong-kosong. Inilah kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Beginilah nasib anak seorang guru...apa saya nak kata kat anak saya yang kedua ni...kakaknya dulu pun nasib yang sama...

    ReplyDelete
  6. Anak saya dapat UPSR 5A, UPKK 8A, penglibatan koku hingga ke peringkat kebangsaan, jawatan khas pengawas, pengerusi, setiausaha, bendahari, kelab dan persatuan pun aktif, persembahan kebudayaan pun terlibat, TKRS (Sarjan), sukan semua pun ambil bahagian....tapi habuk pun tak ada....Inilah kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.....Beginilah nasib anak seorang warga pendidik, ini bukan kali pertama, anak sulung pun nasib yang sama...cuba renungkan anak didik boleh masuk SBP,SMKA,Sek.Kawalan...anak sendiri tolong jawab.

    ReplyDelete
  7. Anak saya dapat UPSR 5A, UPKK 8A, penglibatan koku hingga peringkat kebangsaan, jawatan khas pengawas, pengerusi, bendahari, sukan semua jenis ambil bahagian, persembahan kebudayaan pun terlibat, TKRS (Sarjan) macam-macam ada...tapi satu tawaran pun tak ada...mana aktiviti koku satu kelebihan....tiada janji ditepati...Beginilah nasib anak seorang guru...kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan...Ini adalah kali kedua, setelah kakaknya pun mengalami nasib yang sama....Apa yang boleh saya cakap kat anak saya...anak didik dapat masuk anak sendiri.....

    ReplyDelete
  8. saya ingin respon kepada 'warga pendidik'...jangan cepat melatah cikgu. saya pun guru jugak...nun sekolah saya kategori luar bandar. calon UPSR cuma 9 orang. Yang mndapat 5A ada 4 orang, 4A 1B dua orang, 3A 2B ada 3 orang...salah seorang daripada 5A adalah anak saya..Alhamdulillah diterima masuk ke SBP begitu juga dengan 3 orang rakannya yang lain..mungkin anak cikgu berada di dalam kawasan bandar dan banyak kemudahan berbanding dengan sekolah saya..luar bandar dan kurang sana-sini..mana-manapun sama yang penting anak kita telah berjaya dan sekolah kawalan pun baik jugak cikgu..cuba buat rayuan..mana tau kan???

    ReplyDelete