Sijil STPM 2010 Sudah Boleh Diambil

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah mengeluarkan Sijil STPM 2010 kepada semua jenis calon dan telah dihantar kepada semua Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) pada 27 Jun 2011. Berkaitan dengan itu, calon jenis 1 (calon sekolah kerajaan/bantuan kerajaan), jenis 2 (calon sekolah swasta), dan jenis 7 (calon sekolah kerajaan negeri) diminta mengambil sijil masing-masing di sekolah asal calon

Manakala bagi calon jenis 3 (calon persendirian individu) dan jenis 8 (calon sekolah integriti), diminta menghubungi JPN masing-masing untuk mendapatkan sijil STPM 2010.

Calon diingatkan supaya menuntut sijil STPM masing-masing dalam tempoh masa 12 bulan. Selepas tempoh tersebut, pihak JPN akan menghantar balik sijil-sijil yang tidak dituntut ke MPM. Calon yang ingin mendapatkan sijil selepas tempoh tersebut hendaklah berurusan terus dengan MPM dan akan dikenakan caj sebanyak RM50.00.


Sumber : MPM

Post a Comment

2 Comments

  1. Yana geram sekarang,nak wat prepartion msuk u,, tapi sijil stpm x ada kat sekola lagi..then sijil tue penting n diperlukan...huhu.. :(

    ReplyDelete
  2. Yana : dah datang ke sekolah ke? patutnya dah boleh ambil sekarang ni sebab JPN dah mula hantar sijil tu 27/6/11 lagi..

    ReplyDelete