Chicken    pox 
juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek 
   daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) 
dan amat    mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, 
biasanya pada    kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada 
orang dewasa. Rebakan    adalah melalui sentuhan atau titisan cecair 
daripada orang dijangkiti.    Rebakan juga berlaku melalui bahan 
tercemar dengan cairan cacar seperti pada    pakaian atau tuala dari 
penghidap chicken pox. 
Tanda dan Gejala 
                         Pengidap 
chicken pox akan    mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada 
kulit. Kawasan bintik-bintik    merah melibatkan muka, kepala, dada, 
belakang dan akhirnya seluruh tubuh.    Ruam chiken pox akan timbul 
kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku. 
Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan  
  bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung 
berisi    air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan 
berkeruping. Rasa    gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan
 menggaru dan akhirnya    menyebabkan parut.
Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.
Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.
Sumber : Chicken Pox
----------------------------------
Hari ni saya bawa Amir ke klinik kesihatan kerana demam. Dah lama juga dia tidak demam. Sebelum tidur malam tadi, saya rasa kepala Amir - panas. Sahlah dia demam. Cepat-cepat saya bagi makan ubat. Bangun pagi, suhu badannya masih panas dan ada bintik-bintik merah di belakang badannya. Hmm..entah-entah chicken pox? 
Sampai di klinik, sempat jugalah saya ambil gambar semasa Amir menerima rawatan. Memang betullah Amir kena chicken pox. 
 Jururawat sedang mengambil suhu badan Amir 
Disebabkan chicken pox ni mudah berjangkit, jadi Amir diberi mc selama 4 hari bermula dari hari ini (22/2/2011). Nampaknya ibu dan ayah kena bergilir-gilirlah ambil cuti sehingga Amir sembuh.

MC pertama Amir - cuti 4 hari
2 Comments
Semoga Amir cepat sembuh.. Jangan beri dia makan kicap, kalau tak nanti kesan parut susah nak hilang.
ReplyDeleteget well soon amir! :) anak2 saye semua dah kne ciken pox..lega!
ReplyDeletejemput ke rumah..
http://laydie-dda.blogspot.com
keep in touch yeee..♥♥♥