Saya baru saja balik dari rumah abah - makan sate. Sambil makan, tengok rancangan Mentor 4. Saya tidak mengikuti rancangan ini sejak dari mula. Tapi, saya tahu malam ni adalah malam penentu untuk juara mentor antara Adi, Nani & Mohd. Rancangan ini juga boleh ditonton secara langsung melalui Mentor 4 Chat Dengan Abang Nas.
Keputusan Mentor 4
Adi : 62
Nani : 51
Mohd : 71
Mereka menyanyikan tiga buah lagu secara berselang-seli, sebuah 
lagu, persembahan solo dengan lagu pilihan masing-masing dan berduet 
bersama artis pilihan.
Nani menyampaikan lagu baru - Terhenti Di Tanda Koma, medley Suci
 Dalam Debu  dan Livin’ Da Vida Loca. Beliau juga membuat persembahan duet bersama lagenda Rock, Ramli Sarip
 membawakan medley lagu Istilah Bercinta dan Jikalau Berkasih.
Mohd. menyanyikan lagu
 baru - Cinta,  Tragedi Oktober dan Itu Kamu dan berduet dengan Fiq lagu 3 Malam Tanpa Bintang dan Bujang Senang.
Adi pula menyampaikan lagu Tafsirkan Cinta, Kenangan Terindah dan Suatu Janji. Dia juga berduet bersama Aizat menerusi lagu Hanya Kau Yang Mampu.
Format pemarkahan pada Mentor akhir dibahagikan kepada tiga bahagian 
iaitu 50 peratus dari juri profesional dan 30 peratus melalui undian 
khidmat pesanan tingkas (SMS). Bagaimanapun 20 peratus lagi adalah pilihan juri awam yang terdiri 
daripada penerbit program hiburan, pelajar-pelajar muzik, wartawan dan 
golongan semi-profesional dalam bidang muzik.
Johan Mentor4 akan membawa pulang 
hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi, naib 
johan memenangi wang tunai, RM30,000 dan trofi & tempat ketiga akan menerima RM10,000 dikongsi bersama mentor dan protoge 
masing-masing.
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Comments