Medical check-up

Semalam, awal-awal pagi lagi saya dah bersiap untuk keluar rumah - ada temujanji untuk pemeriksaan kesihatan @ medical check-up di hospital. Temujanji ini sudah dibuat 2 minggu sebelum cuti sekolah. Oh ya! saya lupa beritahu medical check-up ini dibuat bagi melengkapkan borang perlantikan tetap saya sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (cikgu la tu). 

Kali terakhir saya buat medical check-up pada tahun 2007, waktu mendaftar KPLI-KDC. Saya pun ingat-ingat lupa bagaimana prosedur medical chek-up ini dijalankan. Saya sampai di hospital 5 minit sebelum waktu temujanji - 8.30 pagi dan terus pergi ke bahagian pentadbiran. Di sana saya perlu mengisi beberapa borang pula. Antaranya borang X-Ray, Urine Test dan borang pesakit luar. Selesai mengisi borang, saya diberikan nombor giliran untuk X-ray. Memang cepat prosesnya, tidak sampai 5 minit sudahpun siap.


Prosedur seterusnya, saya pergi ke makmal untuk ujian air kencing. Selepas menyerahkan borang Urine Test, saya diberikan botol untuk mengisi air kencing. Keputusan ujian air kencing hanya boleh diambil selepas  pukul 2 petang. Jadi, saya balik ke rumah dulu (cover tidur) sementera menunggu waktu petang. Sila baca entri ni mengapa saya tidak tidur semalam.

Selesai solat dan makan tengahari, saya pergi semula ke hospital. Petang tu, saya mengambil keputusan ujian air kencing dan seterusnya menunggu giliran untuk pemeriksaan doktor. Sebelum tu saya dipanggil masuk ke bilik lain untuk pemeriksaan ketinggian, berat dan mata. Sudah lama juga saya tidak menimbang berat. Kali terakhir timbang, waktu saya perasan berat dah makin turun :)

Sambil menunggu giliran, sempat jugalah menonton rancangan TV3 (tidak ingat apa tajuknya) tetapi cerita Indonesia. Lebih kurang pukul 3.50 petang barulah nombor giliran saya dipanggil. Doktor tidak bertanya banyak, sekadar soalan biasa - antaranya : ada penyakit ke macam kencing manis atau darah tinggi? Suah berapa lama jadi cikgu? Mengajar di mana? Anak berapa orang?. Bila selesai berjumpa  dengan doktor, saya melihat kembali borang medical check-up. Rupanya doktor ini lulusan UIA (sama saya tapi lain jurusan) dan kami sebaya rupanya.


Medical check-up Medical check-up Reviewed by cik laili on Thursday, June 17, 2010 Rating: 5

3 comments:

  1. Dulu sy pernah buat praktikal di hospital tu.

    ReplyDelete
  2. naik pangkat eh? congratz then :P

    ReplyDelete
  3. Adziim : bila tu?

    jack : bukan naik pangkat. baru nak dpt lesen jadi cikgu :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.