Shahir juara AF8

Fuh..demam AF akhirnya berakhir hari ni. Walaupun saya tak sempat menonton siaran langsung AF malam ni (tiada akses kepada TV) tapi saya memang dah jangka siapa juara AF8. (Saya bukan penonton setia Akademi Fantasi sebenarnya, sekadar mengikuti perkembangan dunia hiburan sahaja). 

 Shahir AF8
(Credit to murai.com)

 Keputusan penuh AF8 adalah seperti berikut :

1. Shahir

2. Adira

3. Daus

4. Maulana

5. Iwan

Nampaknya rezeki Shahir dengan AFUNDI beberapa minggu yang lepas menunjukkan peluang beliau untuk menjadi juara AF musim 8 sangatlah cerah. Apa2 pun, syabas & tahniah diucapkan kepada Shahir. Suara ala2 suara jantan (err..iye ke?), & rupa pun boleh tahan dah tentu beliau boleh setanding dengan penyanyi lain suatu masa nanti.

 Mawi & M Nasir

Ingat lagi apa yang terjadi pada juara AF3, siapa lagi kalau bukan Mawi (Asmawi Ani). Dengan 'aura' yang beliau ada, walaupun telah terkeluar tetapi apabila AFUNDI masuk diaktifkan, rezeki lebih berpihak kepada beliau. Iyelah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa tahu, kan?

Post a Comment

0 Comments