Gambar Candid Sesi Fotografi Majalah Sekolah

Semasa sesi fotografi majalah sekolah pada tahun 2012, saya telah ditugaskan menjadi jurugambar sepanjang sesi tersebut dijalankan. Ini merupakan pengalaman pertama saya memikul tugas sebagai jurugambar majalah sekolah. Untuk majlis-majlis lain yang diadakan di sekolah, saya sudah agak biasa tetapi pengalaman untuk sesi fotografi ini adalah suatu pengalaman yang cukup berharga buat saya. Maklumlah...saya bukanlah jurugambar profesional. Peluang yang diberikan ini saya gunakan sebaik yang mungkin.


Bermula dari penyediaan jadual sesi fotografi, susunan pelajar dan guru (mengikut kelas, kelab/persatuan, rumah sukan & permainan), sesi mengambil gambar sehinggalah menyerahkan soft copy gambar-gambar tersebut kepada guru yang berkenaan, saya lakukan dengan bersungguh-sungguh kerana takut hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Alhamdulillah...dengan bantuan rakan-rakan guru dan para pelajar sesi fotografi ini berjalan dengan baik dan lancar. Guru kelas dan pelajar sangat sporting ketika saya mengarahkan mereka untuk membuat aksi formal dan candid. Terima kasih semua.


Jom lihat sebahagian gambar-gambar candid sepanjang sesi fotografi majalah sekolah kami bagi tahun 2012. Untuk makluman, pelajar-pelajar ini telahpun berada di tingkatan 3 - 5. Untuk tahun 2014, sekali lagi saya telah diamanahkan untuk menjalankan tugas yang sama. Insya Allah saya akan laksanakan dengan sehabis sebaik :)

Kelas 1 Firdaus

Kelas 1 Ma'wa

Kelas 1 Naim

Kelas 2 Firdaus

Kelas 2 Ma'wa

Kelas 2 Naim

Kelas 3 Firdaus

Kelas 3 Ma'wa

Kelas 3 Naim

Post a Comment

10 Comments

  1. gambarnya semua cantek cikgu :)

    ReplyDelete
  2. Berbakatnya cik laili...serba boleh. Tahniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya memang minat fotografi sejak kecil lagi.

      Delete
  3. wah,hebat ciklaili..terselit wajah saya di situ..hehe

    ReplyDelete
  4. Masa inilah peluang hendak melihat gelagat manis anak murid. :)

    ReplyDelete
  5. Wahhh.. first gmbr kelas kami ���������� terima kasih cikgu..

    ReplyDelete
  6. alolololo...comelnye semua student-student tu.. kreatip cikgunya ambik gambar :)
    teringat masa zaman sendiri sekolah dulu...

    ReplyDelete