16 September 2014

Kisah Blog Yang Tidak Ber'update'

Salam sejahtera buat pembaca yang baru mengenali blog ciklaili.com dan juga pembaca yang sudah biasa singgah ke sini. Saya kira tahun ini blog ciklaili.com paling kurang ber'update' berbanding beberapa tahun yang lalu. Saya hanya update blog ini jika betul-betul tidak sibuk dengan kehidupan seharian. Nampaknya azam saya di awal tahun 2014 untuk update blog 1 hari 1 entri pasti takkan tercapai. 


Jom baca kisah blog ciklaili.com yang tidak ber'update' dari aspek trafik blog, pendapatan blog, ranking alexa & page rank blog dan harapan ciklaili :

Trafik Blog
Saya rasa bersyukur kerana walaupun hampir 2 minggu blog ini tidak ber'update' (1 hingga 14 September 2014), pengunjung masih tetap singgah ke sini (kebanyakannya datang dari enjin carian). Ada beberapa entri di blog ini yang memang dibaca setiap hari dan entri-entri inilah yang menjadi kekuatan blog ini dari segi trafik. 

Anda boleh melihat entri-entri berkaitan trafik blog ciklaili.com : 
2. Wordless Wednesday : Trafik Blog Di Bulan Puasa 2014

Trafik blog dari 2 hingga 8 September 2014

Trafik blog dari 9 hingga 15 September 2014

Pendapatan Blog
Pendapatan blog melalui Nuffnang agak kurang memberangsangkan berbanding tahun 2012 dan 2013. Selain itu, pada tahun ini blog ciklaili.com masih belum menerima sebarang sponsored post dari pihak Nuffnang. Mungkin kriteria blog ini kurang bersesuaian dengan kehendak pihak pelanggan Nuffnang. Walau bagaimanapun, CPUV masih tetap diterima dan boleh dikatakan setiap bulan saya boleh cash out earning hasil dari earning CPUV. Click untuk membaca entri tentang pendapatan blog ciklaili.com.

Ranking Alexa & Page Rank Blog
Sebenarnya saya kurang memberikan perhatian kepada ranking alexa dan juga page rank blog ini. Ranking alexa terbaik bagi blog ini - pernah berada pada ranking 585 (MY). Pada masa ini pula ranking alexa berada dalam sekitar 2000 ke atas (kes tak pedulikan bloglah ni) dan page rank blog pula masih tidak berubah, masih berada pada PR2.

 

Harapan ciklaili.com
Saya berharap agar blog ini akan terus mendapat sambutan dan sokongan dari semua pembaca tanpa mengira usia, jantina, latar belakang pendidikan, pekerjaan dan sebagainya. Dari blog juga saya telah menambah bilangan kenalan (terutama blogger) dan semoga akan terus bertambah dari masa ke semasa.

* Selamat Hari Malaysia buat semua :)

18 comments:

  1. Trafik tetap mantap walaupun kurang dikemas kini.

    ReplyDelete
  2. terbaik...ni yg sy jeles dgn blogger2 yg dh pro.

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog ciklaili.com tidaklah sehebat mana. blog biasa2 aje

      Delete
  3. He2 sama macam akak la sekarang ni jarang update blog, alhamdulillah ada juga rezeki daripada blog

    ReplyDelete
  4. Dah pernah singgah blog CikLaili ni tapi silen reader je. Memang dah otai ciklaili ni :-)
    Salam perkenalan :-) .

    ReplyDelete
  5. Blogger senior tak update pun still lagi traffic mantap...hopefully one day boleh iku jejak cik laili

    http://www.lovehutladyvitamin.com

    ReplyDelete
  6. boleh tahan blog ciklaili..still maintain wlpon jarang berupdate..ini kelebihannya kalau banyak kongsi info dalam blog..sentiasa dicari pengguna di engine carian..tahniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dah sibuk dengan kehidupan seharian memang kena pilih apa yang lebih utama. syukurlah masih ada yang sudi singgah ke blog yang tak seberapa ni

      Delete
  7. salam singgah. cecepat update cik laili. kami setia menungguuuuuuu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana setia menunggu entri terkini dari ciklaili.com

      Delete
  8. Tak update pun trafik maintain tak apa. Saya punya dah drop banyak. Uhuk.

    ReplyDelete
  9. memang mantap blog ciklaili.com ni.. :)

    ReplyDelete