08 April 2014

Terbang Ke Labuan


Hajat saya dan suami untuk membawa Amir dan Amar merasai pengalaman menaiki kapal terbang akhirnya tercapai juga semasa cuti persekolahan baru-baru ini. Walaupun di dalam hati agak risau dengan peristiwa kehilangan pesawat MH370, tetapi kami kuatkan hati dan berdoa semoga perjalanan pergi dan balik akan selamat. Memandangkan tiket penerbangan telahpun ditempah sejak bulan Oktober tahun lepas, jadi rasa rugi pula jika tidak meneruskan percutian ke Labuan.

Amar sedang melihat dari tingkap kapal terbang

Percutian kali ini agak lama berbanding percutian kami yang lain iaitu selama 6 hari 5 malam di dua buah negeri iaitu WP Labuan dan Sabah. Selain kami sekeluarga, keluarga kakak saya dan beberapa orang rakan juga turut serta dalam percutian ini. Apa yang menariknya, sambutan harijadi suami turut diadakan secara kecil-kecilan semasa berada di Labuan dan kami juga dapat menikmati makan malam di Restoran Terumbu Warisan Anjung Ketam & Ikan Bakar, Labuan.

Sambutan harijadi suami di rumah kawan kakak

Makan malam di Restoran Terumbu Warisan Anjung Ketam & Ikan Bakar, Labuan

Kami telahpun check-in secara online sehari sebelum penerbangan dari Kuala Lumpur ke Labuan. (Anda boleh rujuk entri Jom Web Check-in @Malaysia Airlines). Dari Labuan, kami menaiki feri menuju ke Kota Kinabalu (3 jam perjalanan) dan untuk kembali ke Kuala Lumpur, kami telah menaiki kapal terbang dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

 Inilah dia boarding pass kami sekeluarga

Jom baca catatan percutian yang ditulis oleh suami :

* Tunggu catatan percutian dari saya pula ye :)


14 comments:

  1. Tentu menjadi kenangan indah dalam percutian kali ini. Lepas ni nak melancong ke mana lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih dalam perancangan lagi. mungkin dalam Semenanjung aje.

      Delete
  2. Puas berjalan dari satu destinasi ke destinasi yang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..jauh berjalan luas pemandangan :)

      Delete
  3. Replies
    1. alhamdulillah..memang seronok bila lihat anak-anak teruja menaiki kapal terbang

      Delete
  4. Salam Ukhwah;

    Wah seronok tu amar dan amir naik kapal terbang, insyallah selamat sampai tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a..dua2 berebut nak duduk tepi tingkap sebab nak lihat awan..

      Delete
  5. Replies
    1. Labuan ni kecil aje sebenarnya. Memang seronok dapat pusing2 sekitar Labuan..

      Delete
  6. Asyiknya bisa jalan-jalan bersama-sama keluarga.

    ReplyDelete
  7. Must try foods at Lubuk Temiang BBQ Station (Gerai No.1) Anjung Ikan Bakar......
    Pelbagai resipi yang menarik....seperti Buttercheese atau Butterlemon Ketam atau Udang, Sotong Celup Tepung (Krispi dluar Lembut ddalam).....harganya sangat berpatutan..

    ReplyDelete
  8. assalamuaikum sis, sis bandar labuan besar tak?. sis pergi labuan bermalam hotel malam?

    ReplyDelete