01 April 2014

Permohonan Pertukaran Guru Sesi Jun 2014 | e-GTukar Jun 2014


Bermula pada 1 hingga 30 April 2014,  Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran Sesi Jun 2014 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29, DG32 (KUP time based), DG34 (KUP time based), DG38 (KUP time based), DG41, DG44 (KUP time based), DG48 (KUP time based), DG52 (KUP time based) dan DG54 (KUP time based) melalui aplikasi e-GTukar telahpun dibuka.


Sila click link di bawah untuk terus ke sistem e-GTukar Sesi Jun 2014 :

http://apps.moe.gov.my/epgo/

Anda dinasihatkan untuk menggunakan Internet Explorer sahaja
dan bukan Mozilla atau Google Chrome

Sila semak maklumat anda melalui laman web e-OPERASI. Sekiranya terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, sila berhubung dengan PK1/PK2/PK3 untuk tindakan pembetulan maklumat dengan segera sebelum sesi pertukaran dibuka.

Sila hubungi Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri jika masih menghadapi masalah untuk membuat permohonan e-GTukar. Click untuk melihat Analisa Pertukaran Guru Sesi Jun 2014 bagi sekolah rendah dan sekolah menengah.

* Maklumat penting : Pertukaran yang DILULUSKAN tidak boleh DIBATALKAN.

1 comment:

  1. salam.menjadi guru best tapi mahir kawal emosi. pst.. tukar best kalau dapat dekat dengan rumah mak ayah kita kan heee.. hari-hari boleh jenguk keluarga.kalau duduk berjauhan dengan keluarga mahu juga 3 bulan sekali balik kampung huhu..

    ReplyDelete