22 March 2014

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2014


Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) seperti yang berikut :


Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Mod Kursus : Sepenuh Masa

 
STRUKTUR PROGRAM
Program Persediaan Dua Belas (12) Bulan/Dua (2) Semester
Program Ijazah Empat (4) Tahun/Lapan (8) Semester 

SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2014 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1994.
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran. DAN sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran yang berikut: Bahasa Melayu; Sejarah; Satu (1) mata pelajaran yang lain; serta lulus Bahasa Inggeris.
  • Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon.
CARA MEMOHON 
Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di pautan: http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/spcg/index.cfm mulai 10 Mac 2013

Pemohon dinasihatkan memuat turun Manual Pengguna : http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/spcg/manual_spcg.pdf bagi memudahkan proses pendaftaran.

Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan sahaja.

Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 30 Mac 2014 11.59 malam. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.

1 comment:

  1. Salam. kenapa saya buka link yg awak bagi tak boleh?

    ReplyDelete