06 March 2014

Berhati-Hati Dengan Fraud Call Ambank


Ini pengalaman saya petang tadi (lebih kurang jam 4.15 petang) sewaktu berehat di rumah selepas balik dari sekolah. Mata hampir layu minta ditidurkan, tiba-tiba handphone saya berbunyi. Saya jarang menjawab panggilan dari nombor yang tidak dikenali tapi mungkin kerana dalam keadaan yang separa sedar, tangan terus mengangkat handphone dan menjawabnya. 


Saya mendengar pesanan suara dalam Bahasa Inggeris lebih kurang begini :

"You have credit card transaction amount RM3,862.00 pending your approval. Press 1 to approve, Press 3 to decline and Press 5 to speak to our customer support."

Habis mendengar pesanan tersebut, jantung saya berdegup laju. Dari rasa mengantuk, terus rasa cemas. Tapi agak pelik juga kerana saya tidak mempunyai kad kredit, masakan ada berlaku transaksi di atas nama saya. Tanpa berfikir panjang, saya terus tekan nombor 5 untuk bercakap dengan pihak yang berkenaan.

Terdengar suara seorang lelaki Cina di hujung talian. Selain bertanyakan nama dan nombor K/P, saya diajukan dengan beberapa soalan :

1. Pernahkah Kad Pengenalan saya hilang?
2. Adakah saya pernah memohon kad kredit?

Jawapan saya semuanya tidak. Lelaki tadi juga menyatakan sebanyak 10 transaksi telah dibuat melalui kad kredit tersebut dan ia berjumlah RM6,232.40. Yang lebih menarik, transaksi RM3,862.00 ini dibuat di KLIA yang memang jauh dari tempat saya. Fuhh..mengucap panjang saya dibuatnya.

Lelaki tersebut menyatakan mungkin maklumat diri saya telah dicuri dan digunakan bagi membuat permohonan kad kredit dan beliau juga mencadangkan agar saya melaporkan perkara ini ke Bank Negara. Tangan saya laju menulis segala maklumat yang diberikan. Dari nama pegawai, nombor kad kredit (kononnya milik saya), jumlah transaksi serta nombor telefon Bank Negara. 

Oleh kerana terdapat beberapa keraguan dalam panggilan di antara saya dan lelaki tadi, saya telah mengambil keputusan untuk menelefon pihak Ambank. Rupanya nombor telefon Ambank sama dengan nombor yang menelefon saya tadi (03-2178888). Setelah membuat semakan kad kredit menggunakan nombor kad pengenalan dan saya juga telah menceritakan perkara yang telah berlaku, pegawai Ambank menyatakan panggilan yang saya terima tadi merupakan fraud call dari pihak yang tidak bertanggungjawab.

Apabila saya membuat carian di internet, rupanya aktiviti fraud call ini telah berlaku sejak tahun 2009 lagi dan masih aktif hingga ke hari ini. Mujurlah saya memang tidak mempunyai kad kredit dan perasan sesuatu yang tidak kena dengan panggilan tadi. Bayangkan kalau anda menerima panggilan yang sama dan mempunyai kad kredit Ambank, agak-agak apalah yang bakal berlaku ye?

Anda boleh membaca pengalaman mereka yang pernah menerima panggilan yang sama di dalam fanpage ini dan forum ini.

Nasihat saya, "berhati-hati dengan fraud call, bukan dari Ambank sahaja tetapi bank-bank lain juga"...

26 comments:

  1. memang bahaya sekarang ni. kalau akak call yang nombor bank negara tu, itu adalah nombor pihak yang fraud tu td. alhamdulillah akak tak terperangkap

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah...Allah dah berikan ilham untuk call pihak Ambank sebelum call Bank Negara. moga jadi pengajaran buat yang lain..

      Delete
  2. Skrg ni mcm2 cara penipuan kan! Bahaya btol...
    Nasib baik la Cik Laili cepat bertindak bijak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..kena lebih berhati-hati lagi selepas ini.

      Delete
  3. macam2 sekarang kan... semoga tidak berlaku kepada diri sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dengar orang tu kata maklumat diri dicuri, terus rasa terkejut..
      mudah-mudahan orang lain tak terkena & lebih berhati-hati..

      Delete
  4. SA dah kena beberapa minggu lepas...kelakarnya SA ada tunggakkan kad kredit RM3800....padahal SA x pernah ada sekeping pun kad kredit...sangat2 kelakar tau...terus SA decline je call tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amaun hampir sama kan?

      itulah yang buat saya pelik tapi bila dengar tentang maklumat diri mungkin dicuri oleh orang lain, saya teruskan perbualan untuk tahu apa lagi helah yang mereka rancangkan...

      Delete
  5. Penjenayah semakin licik dan pintar manipulasi mangsa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. hampir2 percaya juga bila pegawai tersebut memaklumkan bahawa maklumat diri saya telah dicuri.

      moga jadi pengajaran buat yang lain supaya tidak terpedaya dengan panggilan seperti ini..

      Delete
  6. Kena jaga-jaga dengan penipuan macam ni. tak cukup dengan email spam. mereka buat call pula yea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama aktiviti ni berjalan, sejak tahun 2009. harap semua orang akan berhati-hati selepas ini..

      Delete
  7. mesti banyak belajar supaya tak kena penipuan semacam ini fraud call, phising, memang banyak dugaan dalam dunia teknologi saat ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..belajar dari pengalaman sendiri & orang lain..

      Delete
  8. mujur takda apa-apa berlaku..saya tak pernah dapat call macam ni..mungkin sbb saya tak pernah ada kad kredit kot..hehehe..tp kalau kat email tu biasa la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya panggilan dibuat secara random. nasiblah siapa yang terkena :)

      Delete
  9. semakin menjadi jadi panggilan faud mcm ni, syukurlah ciklaili tak
    mendedahkan identiti ciklaili

    ReplyDelete
  10. itulah bahayanya kalau kita tak berhati-hati..semoga entri ini berguna kepada pembaca semua!

    ReplyDelete
  11. terima kasih di atas maklumat ini. sekarang, macam berlaku

    ReplyDelete
  12. tq share maklumat ini.sy pn mcm tu jg.. tak sambut pggiln no yg sy x kenali..mmg mcm2 cara manusia sekarang ni kn nk tipu org..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hati-hati selepas ini. sekarang ni pelbagai taktik digunakan untuk menipu. moga entri ini boleh jadi pegajaran pada yang lain.

      Delete
  13. Pengalaman yang sangat berharga untuk kita semua, selalu waspada jika menerima telepon atau sesuatu hal dari orang yang tidak dikenal.

    ReplyDelete
  14. Salam, saya pun telah terkena semalam, sebijik mcm yg cik laili dah kena tu, saya siap call nombor bank negara yg bank bagi..siap lagi bagi no report. Tapi rasa tak sedap hati hari ni saya call bank negara & Ambank, semua cakap yg itu panggilan palsu. Risau juga sebab saya dah bagi no ic, cuma tak beritau no akaun bank saja..senang betul org sekarang nak cari duit yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. syukurlah anda tak sempat berikan no. akaun bank dll.

      jadikan pengalaman ini sebagai panduan dimasa akan datang supaya kita lebih berhati-hati semasa menjawab panggilan yang tidak dikenali.

      Delete
  15. semalam dh kena ayat sebiji sama mcm tu. penyudah nya trs sya ckp xper besok saya dtg trs ke cawangan ambnk terdekat. kemudian trs dia ltk telefon. +60 3-62010550 ni no tel dia
    .

    ReplyDelete
  16. salam sejathera. Anak saya akan masuk tahun 1 pada tahu 2017. Saya ada 2 pilihan sekolah. Satu di Selangor (10 km dari rumah) dan lagi satu di Kuala Lumpur ( berdekatan dengan tempat kerja). Boleh tak saya apply kedua-dua sekali?

    ReplyDelete