14 February 2014

Cara Mendapatkan Dan Membeli Buku Teks Digital KPM

Majlis pelancaran buku teks digital telahpun diadakan pada 7 Februari 2014 yang mana buku teks versi digital ini boleh diakses secara dalam talian sebagai alternatif kepada buku teks bercetak. Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata penggunaan buku teks digital itu yang mengandungi teks, grafik serta ciri flip (selak helaian) akan dilaksanakan secara berperingkat di semua sekolah di seluruh negara mulai tahun ini. 

Pendigitalan buku teks dilakukan dalam tiga gelombang seperti yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) bermula tahun 2013 hingga 2025.


Gelombang pertama (2013-2015) kementerian memuat naik 313 judul buku teks yang boleh diakses secara percuma melalui portal 1BestariNet menggunakan ID yang telah dibekalkan kepada semua guru dan murid.

Gelombang kedua (2016-2020) kementerian merancang untuk menghasilkan buku teks dalam bentuk interaktif bagi mata pelajaran terpilih yang mengandungi elemen teks, grafik, audio, video dan animasi untuk membantu pemahaman murid dalam pengajaran dan pembelajaran.
 
Gelombang ketiga (2021-2025) pula bakal menyaksikan penerbitan buku teks digital bagi semua mata pelajaran termasuk bagi murid berkeperluan khas. Pelajar juga dibenarkan membawa peranti masing-masing (tablet, iPad) ke sekolah bagi tujuan mengakses buku teks digital untuk menggantikan buku teks bercetak. 

Di dalam entri ini saya ingin kongsikan pengalaman bagaimana saya mendapatkan Buku Teks Digital KPM bagi mata pelajaran Sejarah degan menggunakan ID Yes saya sendiri :

1.  Log masuk ke VLE Sekolah menggunakan ID Yes yang telah dibekalkan. Untuk mencari alamat VLE sekolah anda,  click link ini.




2. Setelah berjaya log masuk (seperti contoh paparan di bawah), click Quick Launch dan kemudian click pula FrogStore.

Click untuk melihat paparan lebih besar 

3. Pada bahagian menu, click Books dan kemudian anda boleh memilih Buku Digital yang anda inginkan berdasarkan Subject dan Level. Click Add untuk memuat turun buku. Anda boleh mendapatkan seberapa banyak buku yang anda inginkan.

Gambar di bawah adalah contoh buku teks yang telah saya muat turun iaitu Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 hingga 5. 

Click untuk melihat paparan lebih besar

Terdapat 2 jenis buku digital iaitu buku percuma dan ada juga yang boleh dibeli. Saya akan tunjukkan bagaimana membeli buku digital di akhir entri ini.

4. Untuk menggunakan buku digital yang telah anda muat turun, anda hanya click Books pada menu My Library. Untuk menggunakan buku tersebut, click Launch.

Click untuk melihat paparan lebih besar

Selain itu, anda juga boleh melihat buku-buku yang ada di Bookshelf anda seperti gambar di bawah.

Click untuk melihat paparan lebih besar

Beginilah rupa Buku Teks Digital Sejarah Tingkatan 5
(Click untuk melihat paparan lebih besar)

Anda juga boleh melihat video Tutorial Cara Mendapatkan Buku Teks Digital yang dikongsikan oleh Cikgu Zati.



Cara Membeli Buku Digital KPM

1. Ulangi langkah 1 hingga langkah 3 seperti di atas. 

2. Buat pilihan buku digital yang hendak dibeli dan Click Buy.

Click untuk melihat paparan lebih besar

Untuk membuat pembelian buku digital, anda perlu mengaktifkan akaun 1BestariNet YES anda terlebih dahulu. Jika tidak, pembelian anda tidak akan berjaya.

Click untuk melihat paparan lebih besar

3. Terdapat beberapa langkah setelah anda click button Buy iaitu :

i. Pengesahan maklumat peribadi


ii. Pengesahan bayaran dan maklumat penghantaran.

Terdapat 2 cara pembayaran iaitu melalui :
- Maybank2U
- Kad Kredit


Selamat mendapatkan buku teks digital KPM di laptop dan tablet anda.

23 comments:

  1. Terima kasiah panduan ini ciklaili. Berguna untuk kita semua.

    ReplyDelete
  2. Macam ni cara nak dapat buku teks digital yea. terima kasih cikgu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. generasi akan datang akan lebih maju dengan wujudnya buku teks digital ni..

      Delete
  3. jom kite promote buku digital ni. ramai lg cikgu2 y tak alert ttg buku digital ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. benda ni masih baru. jadi cikgu2 terutama yang ada blog bolehlah war2kan tentang buku teks digital ni..

      Delete
  4. wah....perkongsian yang hebat...boleh share kat blog saya tak,,,?

    ReplyDelete
    Replies
    1. silakan..sama-sama kita sebarkan maklumat ni..

      Delete
  5. waaahhh... dahn ada versi digital. boleh lah ulangkaji bersama.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu2, ibu bapa & pelajar dah mula gunakan VLE FROG..nanti saya ceritakan dalam entri yang lain..tunggu

      Delete
  6. semoga apps ini berjaya satu hari nanti..

    ReplyDelete
  7. mohon cik laili terangkan

    "Terdapat 2 jenis buku digital iaitu buku percuma dan ada juga yang boleh dibeli."

    1. yang percuma ni macam buku teks sekolah tu ke?

    2. yang di beli ni macam mana?

    maaf kerana bertanya kerana say berminat untuk tahu tetapi bukan seorang guru..

    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. ya..buku teks sekolah adalah percuma.

      2. saya dah update entri ini dah tunjukkan bagaimana cara pembelian buku teks.

      harap entri ini dapat membantu guru, pelajar & ibu bapa untuk mendapatkan buku teks digital..

      Delete
  8. jaman semakin maju dengan tekhnologi. membeli buku sekarang sudah bisa melalui digital.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. bidang pendidikan juga tidak terkecuali untuk maju dalam teknologi maklumat

      Delete
  9. salam, knp saya nak cari nama sekolah, ia kluar could not found sekolah tersebut. yang ada hanya sk batu rakit, dan tiada id n pass.mcmana mahu log in

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam syuhadah.

      cuba hubungi admin frog untuk mendapatkan id dan password sekolah

      Delete
  10. bagi orang2 yg kurang berkemampuan utkk membeli buku atau peranti macam mana plak erk???

    ReplyDelete
  11. Salam
    saya merupakan pengajar di sekolah bukan kementerian.
    Bagaimanakah cara untuk mendapatkan buku teks digital kerana sekolah kami tiada 1bistariNet.
    harap dapat pencerahan

    ReplyDelete
  12. Salam sejahtera, di manakah saya boleh membeli buku teks digital jikalau bukan pengajar di sekolah? Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete