23 October 2013

Hadiah Untuk Diri Sendiri


Bulan ini merupakan bulan kelahiran anak sulung saya, Amir yang lahir pada 27 Oktober 2006. Setiap tahun selain memberikan sesuatu yang istimewa untuk Amir, saya juga akan memberikan hadiah untuk diri sendiri. Untuk tahun ini, hadiah yang saya pilih adalah buku Biografi Inspirasi Prof Dr Muhaya - Sejernih Sinar Matamu dan Semuanya Soal Hati.

Mungkin bagi orang lain tidak perlulah memberikan hadiah untuk diri sendiri tetapi bagi diri saya dengan pemberian hadiah ini, ia menunjukkan penghargaan kepada diri serta mengingatkan tentang tugas dan tanggungjawab saya sebagai seorang ibu selama 7 tahun ini - adakah saya telah melaksanakan tugas dan menjadi ibu yang baik kepada 2 orang anak lelaki saya, Amir dan Amar.


Saya memilih buku-buku ini untuk dibaca dan menjadikannya sebagai inspirasi saya lebih-lebih lagi buku Biografi Inspirasi Prof Dr Muhaya - Sejernih Sinar Matamu. Saya amat kagum dengan personaliti Prof Dr Muhaya yang telah memperkenalkan fenomena 'Reset Minda' dan juga ayat yang kerap diucapkan oleh beliau di dalam rancangan Reset Minda, "Dunia dalaman saya menentukan dunia luaran saya"..

* Apakah hadiah yang anda berikan untuk diri sendiri?

26 comments:

  1. Saya jarang beri hadiah untuk diri sendiri...:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni bolehlah bagi hadiah untuk diri sendiri :)

      Delete
  2. Alhamdulillah ada juga hadiah untuk diri setiap hari..akak pun beli juga buku soal hati tadi..bole pinjam nanti buku Prof Muhaya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kak. saya dah baca sikit tadi tentang anak lelaki Prof Dr Muhaya yang dipanjamkan oleh-Nya selama 11 tahun.

      Delete
  3. Bagus jugak buku ni.. Nak p cari lah :)


    Myra kekadang ada gak 'mereward' diri sendiri-mcm sekarang aktif dengan Shaklee, kebanyakan reward adalah suplement :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. supplement pun bagus juga untuk kesihatan :)

      Delete
  4. Minda dan rohani perlu re-caj juga ya. :-)

    ReplyDelete
  5. Saya shopping baju... kira reward diri sendiri juga kan?

    ReplyDelete
  6. Saya pun anggap shopping atau buat oerkara yg menggembirakan sbg hadiah utk diri sdiri..buku jarang beli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun suka buat perkara yang sama :)
      beli buku sebab suka membaca

      Delete
  7. Beli hadiah untuk diri sendiri? Macam macam tu sebab semuanya pun memang beli sendiri.... heheheh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu tajuk entri ni Hadiah Untuk Diri Sendiri = sendiri beli & bayar, lepas tu dijadikan hadiah. hihi..yang istimewanya sebab beli sempena sambutan harijadi anak

      Delete
  8. setuju dengan post ni.Since berkahwin, sy dan suami akan memilih hujung tahun untuk memilih hadiah sbg ganjaran utk diri sendiri.Sprt tahun sebelum ini, kami sama2 membeli iphone terbaru sbg ganjaran krn prestasi kerja masing2 yang memberangsangkan.Ia sebenarnya motivasi kepada kita supaya sentiasa ada "passion" dlm apa jua pekerjaan yang kita usahakan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ganjaran untuk diri sendiri lebih bermakna :)

      Delete
  9. Beli lebih la,,, boleh bagi hadiah kat Jocko,,, hehehe

    ReplyDelete
  10. saya pun suka baca buku Prof Muhaya dan Pahrol Joui..cukup berkesan di hati

    ReplyDelete
  11. saya juga suka mendengar slot prof muhaya di astro, teringin juga nak beli buku 1 hari 1 resepi? duk mencari juga sebab anak2 dah besar n request nak makan mcm2 ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh dapatkan buku tu di kedai-kedai berhampiran..

      Delete
  12. Saya tidak pernah terfikir untuk memberi hadiah untuk diri sendiri. Setelah membaca tulisan di atas, saya baru mulai terfikir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak salah pun kalau hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri :)

      Delete