Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 dan 4 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tahun 2014


Mulai 1 September 2013 hingga 15 Oktober 2013, permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Kawalan bagi tahun 2014 telahpun dibuka. Anda juga boleh membuat permohonan ke SMKA, SABK Dan Kelas Aliran Agama melalui entri ini : Permohonan Kemasukan Ke SMKA, SABK Dan Kelas Aliran Agama Tahun 2014.

Sila click link/gambar berikut untuk terus ke Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia bagi permohonan ke SBP 2014 :

Sebelum membuat permohonan, pelajar perlu mendaftar terlebih dahulu dengan mengisi butiran penting seperti Nama, Nama Ibu Bapa/Penjaga, Emel, No. Telefon, Telefon Bimbit dan Kata Laluan. (Anda dinasihatkan untuk mencatat kata laluan tersebut bagi mengelakkan anda terlupa semasa proses semakan permohonan nanti).


Syarat Minimum Kemasukan ke SBP bagi Tingkatan 1
  • Warganegara Malaysia (Murid, ibu bapa atau penjaga mestilah warga negara Malaysia)
  • Murid sekolah kebangsaan sahaja
  • Mencapai 5A atau 4A, 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan mata pelajaran Matematik dan Sains memperoleh gred A
  • Aktif dalam kokurikulum
Syarat Minimum Kemasukan ke SBP bagi Tingkatan 4
  • Warganegara Malaysia (Murid, ibu bapa atau penjaga mestilah warga negara Malaysia)
  • Murid Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan atau bantuan kerajaan
  • Kelayakan akademik PMR seperti berikut:
    1. Sekurang-kurangnya gred A bagi enam (6) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Asing/Bahasa Antarabangsa.
    2. Mesti mendapat gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains
    3. Mendapat sekurang kurangnya gred B bagi mata pelajaran yang lain
    4. Aktif dalam kokurikulum
Contoh permohonan yang dibuat oleh anak buah saya

Post a Comment

0 Comments