24 July 2013

,

Pelancaran Kia Cerato 1.6 dan 2.0


Majlis pelancaran model terbaru Naza Kia, Cerato telah diadakan pada 2 Julai 2013 bertempat di Pavilion Kuala Lumpur dan dihadiri oleh orang ramai yang ingin melihat sendiri keunikan yang ada pada model baru ini. Pihak Naza Kia mensasarkan jualan Kia Cerato kepada golongan kelas pertengahan yang berumur di antara 26 hingga 40 tahun.


Terdapat dua variasi Kia Cerato yang dilancarkan iaitu Cerato 1.6 yang dijual pada harga RM99,888.00 dan Cerato 2.0 pula pada harga RM118,888.00. Kia Cerato didatangkan dengan 5 pilihan warna iaitu Clear White, Glittering Metal, Bright Silver, Temptation Red dan Golden Beat.

Antara keunikan Kia Cerato yang bakal menarik minat pembeli ialah :
- LED Rear Combination Lamps
- Smart Welcome Lighting System
- HID Xenon Headlamps
- Sunroof
- Push Start/Stop Button
- Smart Key
- Steering Wheel Remote Control


Ucapan pembukaan oleh COO Naza KIA Malaysia, Datuk Syed Abdull Hafiz

Gambar sekitar majlis pelancaran Kia Cerato 1.6 dan 2.0 :


Identiti Grill hadapan yang menawan
 Enjin bahagian dalam 2 variasi : 2.0 dan 1.6

Di majlis pelancaran ini juga, pihak Naza telah menyampaikan hadiah kepada pemenang hadiah utama bagi peraduan 'What is Project C?" yang telah berlangsung dari 20 Mei hingga 13 Jun 2013. Dalam peraduan ini, peserta perlu menyelesaikan 5 klu dalam masa yang telah ditetapkan dan ia dipaparkan di dalam laman web 'What is Project C'.

Pemenang bertuah

Persembahan pembukaan "Korean Style"

 Sidang akhbar

Jangan lepaskan peluang untuk melihat dan pandu uji Kia Cerato di showroom yang berhampiran tempat anda. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web Naza Kia -  http://www.kia.com.

48hours sponsored post ini dibawa khas oleh ciklaili.com

26 comments:

  1. kia cerato ni memang menarik reka bentuknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. ditambah pula dengan 2 variasi berbeza yang mempunyai ciri-ciri menarik

      Delete
  2. salam ramadhan # 13 ciklaili..wah boleh la sambar 1 ciklaili..boleh melaram time raya nanti..ehe

    ReplyDelete
  3. kia ni makin lama makin mantap design2 kereta dia

    ReplyDelete
  4. Waahhh... kelasss gitu. Ada sunroof!!

    ReplyDelete
  5. Kalau dapat satu ni, memang best sgt..haha

    ReplyDelete
  6. Fuh, design mengancam. Mcm mana preve hatchback nak lawan design cenggini ni.

    ReplyDelete
  7. Rupa bentuknya yang mengancam. Cuma harga belum memikat poket.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sasaran KIA Cerato adalah untuk golongan pertengahan..kalau poket OK bolehlah beli..

      Delete
  8. ada yang memveli kereta raya ni..huhuhu

    ReplyDelete
  9. nampak macam menarik rekaan kereta ni. memang mengidam nak pakai kereta KIA.

    ReplyDelete