Resepi Ayam Masak Merah Banjar @ Ampal

Bagi masyarakat berketurunan Banjar tidak sah jika sesuatu majlis kenduri, baik kenduri kecil atau kenduri besar jika tiada hidangan kegemaran yang paling popular iaitu Ayam Masak Merah Banjar atau nama lainnya AMPAL (dalam Bahasa Banjar). Ia merupakan lambang tradisi bagi masyarakat orang Banjar. 

Jom sama-sama kita belajar bagaimana cara memasak menu istimewa ini.


Bahan-bahan :
1 ekor ayam
2 biji bawang merah (bawang besar)*
3 biji bawang putih*
2 inci halia*
1 ketul lengkuas*
2 biji cili merah*
# Bahan yang bertanda * dikisar
2 biji bawang besar (dipotong)
3 biji cili hijau
3 sudu serbuk kurma
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
1 senduk cili kisar
1 senduk sos cili
1 senduk sos tomato/tomato puri
3-4 batang serai (di ketuk)
2 senduk minyak untuk menumis
1 biji kelapa
Segenggam kacang tanah (dikisar halus)
Asam, gula dan garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya :
1) Bersihkan ayam dan potong mengikut saiz yang disukai.
2) Lumurkan garam dan kunyit dan goreng lembab (jangan terlalu garing).
3) Tumiskan semua bahan yang berkisar kecuali kacang tanah bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan serbuk kurma.
4) Masukkan sos cili, sos tomato dan serai.
5) Apabila bahan tumisan sudah naik bau. Masukkan ayam dan gaul rata.
6) Masukkan santan pekat (jika suka berkuah masukkan santan cair).
7) Masukkan asam keping, gula dan garam.
8) Masukkan bawang potong dan cili hijau yang dibelah 4.
9) Jika sudah mendidih barulah masukkan kacang tanah yang sudah dikisar tadi.
10) Gaul rata dan boleh dihidangkan.

 

Penulis jemputan : SuteraUngu87


"Salam ukhuwah fillah daripada SuteraUngu. Saya pernah menulis di blog saya tentang makanan orang Banjar secara umum. Kali ini saya ingin memperincikan tentang menu kegemaran masyarakat berketurunan Banjar yang paling popular iaitu Ayam Masak Merah Banjar atau AMPAL (dalam Bahasa Banjar). Selamat mencuba..."

Post a Comment

28 Comments

  1. makkk aiiii... sedapnya. boleh cuba ni...

    ReplyDelete
  2. hahaha...ini menu kami srkeluarga tengahari tadi ♡♡♡
    tq ciklaili. ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak sebab sudi berkongsi resepi ni..boleh buat lauk untuk Nasi Hujan Panas

      Delete
    2. Betul...sgt sesuai utk nasi hujan panas...tq juga sudi bg akk tulis di blog popular ciklaili...hehe

      Delete
  3. Belum pernah mencuba masakkan Banjar ini.

    ReplyDelete
  4. Pcl tau makan jer Ampal orang Banjar nih... , tak penah amik tau resipinya, t.kasih berkongsi.

    ReplyDelete
  5. SUKA SANGAT AYAM MASAK MERAH..biasa buat ikut cara biasa je,kali ni tgk ,resepi cik laili ada kelainan ckit,iaitu ada campuran serbuk kurma dengan kacang tanah..

    ReplyDelete
  6. selalunya masakan banjar sedap33..nanti blh cuba lah..

    ReplyDelete
  7. boleh salin bagi kat wifi ni.. hehehe

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum laili...sedapnya resepi ni...;)

    ReplyDelete
  9. Memang teringin nak masak ayam masak merah... :)

    ReplyDelete
  10. Salam.

    Macam lauk kenduri dah. Sedapnya.

    ReplyDelete
  11. Takpernah makan lagi walaupon bekas adalah orang banjar haha

    ReplyDelete
  12. macam tak pernah makan ni, memang menyelerakan lah...

    ReplyDelete
  13. sedap ni kalau dimakan dengan nasi panas

    ReplyDelete
  14. Mohd Akmal MokhtarWednesday, April 03, 2013

    Masal Ampal Daging gin nyaman jua, bahari urang aruh lauk ngini pang. Wayahini halin tahaga. hehehe

    ReplyDelete
  15. Hemmm,nampak sangat sedap nih ayam nya,,boleh coba saya kah?

    ReplyDelete
  16. Masak ampal kada warna habang kada.. Ampal sabujur putih kaya masak kurma ai jua.. Ampal nang nyaman hayam tuhak.. Rampah baulah surangan daidak bajual dikadai amun aslinya masakan banjar..

    ReplyDelete
  17. Kacar lior ni ah.. ako copy paste lah.. ako ni bisa makan ner hak.. maulahnya mana pang hakon.. panguler ya am

    ReplyDelete