20 November 2012

Entri Blog Kena Plagiat

Hari ni dah masuk minggu kedua cuti persekolahan. Ke mana destinasi percutian anda kali ini? Bagi  saya walaupun hari cuti, blog ciklaili.com ini tetap sama - bila ada masa terluang barulah ada entri baru. Bila cerita tentang percutian, saya agak terkilan + terkejut bila mendapat tahu bahawa terdapat beberapa entri tentang percutian saya sekeluarga dari blog ini yang diplagiat oleh seorang blogger yang bernama dot..dot..dot.


Hmm..apa tindakan saya bila berhadapan dengan situasi ini? 

1. Beritahu dan tunjukkan blog tersebut kepada suami. Untuk makluman, semua gambar percutian tersebut adalah gambar kami sekeluarga. Saya bukan blogger terkenal pun. Tak sangka pula ada yang berminat untuk plagiat bulat-bulat entri dan gambar kami ke dalam blog dot..dot..dot. 

2. Singgah ke blog dot..dot..dot tersebut dan tinggalkan komen.

3. Senyum sajalah. Harap-harap trafik blog ciklaili.com makin bertambah lagi selepas ini.

* Jom pergi bercuti!


8 comments:

  1. Tak sangka orang sanggup buat gitu. Boleh saman ni. Heee~

    Nak mintak tolong awak dan semua reader yang lain tolong support Mummy menang hadiah iPhone 5 Gadget Impian

    1. Klik Entri Contest iPhone 5 Gadget Impian

    2. Klik butang G+ (Google Plus)

    3. Jangan lupa follow blog Mummy!

    Mintak sangat jasa baik korang.

    Thanks

    ReplyDelete
  2. ingat kt universiti/sekolah/exam je plagiat neh.. blog pun ade?? hehe..sabar..sabar..

    ReplyDelete
  3. kak tak payah nk terkejut sangat la sbb blogger tu memang selalu copy paste entri org, yg selalu dia copy adalah entri saya la.. smpai saya sendiri naik malas nk update blog...nk marah kawan, dah la kawan sekampung la..!

    ReplyDelete
  4. Sekarang ni banyak blogger yang malas menulis tapi nak ambik faedah je... :-)

    ReplyDelete
  5. hrp2 org yg melakukan aktiviti tersebut sedar, fhm & mengerti apa maksud 'plagiat'... hmmm...

    menulis juga perlu beretika.. moga2 insan tersebut sedar kesilapannya...

    ReplyDelete
  6. blog ciktom pun selalu kena..pasrah je n fikir +ve sbb orang camni mmg muka tebal.

    cuma yg lawak bl diorg copy bulat2 tue siap dgn bahasa diri ciktom dlm entry tue..huhu

    ReplyDelete
  7. kalo laa cikgu saman... fuuuhh..! bior gegor sket.. hhehehe.
    actually pernah gak jadi kat blog kid

    ReplyDelete