09 November 2012

Anugerah Skrin TV3 2012 | ASK2012 Live Streaming

Anugerah Skrin 2012 TV3 akan disiarkan secara langsung pada 9 November 2012 (Jumaat) bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula jam 9 malam dengan tema ‘Selami Dunia Fantasi Kami’ (Fairy Tale). Anda juga berpeluang menonton Karpet Merah Anugerah Skrin 2012 secara Live Streaming TV3 bermula 7.45 - 9.00 malam. 

Pengacara Anugerah Skrin kali ini menampilkan pengacara TV Awal Ashari yang akan digandingkan bersama Neelofa. Sebanyak 23 kategori dipertandingkan meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman serta 2 anugerah khas iaitu Anugerah Yasmin Ahmad dan Anugerah Artis Harapan. Click link di bawah untuk menonton ASK 2012 secara live streaming :



Jangan lupa mengikuti perkembangan Anugerah Skrin melalui twitter #ASK2012
 
Keputusan pemenang Anugerah Skrin 2012

Lakon Layar Terbaik Filem : 
Bunohan - Apparat Sdn Bhd

Lakon TV Terbaik : 
Di Telapak Kaki Bonda - Lam Pung Fui

Videografi Terbaik : 
Aku Mahu Terbang

Laporan Khas Berita Terbaik : 
Berita TV9 - Bom Jangka

Drama Komedi Terbaik : 
Elly Dan Epit- Red Communication Sdn Bhd

Program Realiti Terbaik : 
Jemputan Umrah - Episod 1

Anugerah Artis Harapan Pantene : 
Puteri Balkis - Pelarian

Rancangan Bual Bicara Terbaik : 
Bella - Labour Day Special

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama :
Namron - Parit Jawa

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama :
Sherry Merlis - Di Telapak Kaki Bonda

Rancangan Hiburan Terbaik :
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 25 - Nurul Huda

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem :
Lisa Surihani - Ombak Rindu

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem :
Syafie Naswip - Songlap

Pelakon Wanita Terbaik Filem :
Maya Karin - Ombak Rindu

Pelakon Lelaki Terbaik Filem :
Shaheizy Sam - Songlap

Rancangan Dokementari / Majalah Terbaik :
Dunia Tersembunyi - Rambu Solok

Rancangan Muzikal Terbaik :
Anugerah Juara Lagu ke 26 - Nurul Huda Abdul Malik

Pelakon Wanita Terbaik Drama :
Ruminah Sidek - Parit Jawa

Pelakon Lelaki Terbaik Drama :
Abu Bakar Omar - Gincu Ayah

Pengarah Terbaik Filem :
Fariza Azlina / Afandee Roslan - Songlap

Pengarah Terbaik Drama :
Khabir Bahtia - Di Telapak Kaki Bonda

Anugerah Yasmin Ahmad :
Pierre Andre

Drama Rantain Terbaik :
Jangan Ambil Padang Kami - Suhan Movies & Trading Sdn Bhd

Filem Terbaik :
Bunohan - Apparat Sdn Bhd

Drama Terbaik :
Di Telapak Kaki Bonda

0 Comment:

Post a Comment