Cara Mengemaskini eProfil SPLG | SPL KPM

Bagi guru-guru yang masih belum mengemaskini data eProfil, di sini saya akan tunjukkan cara-cara bagaimana untuk mengemaskini data tersebut :

1. Pergi ke laman web SPL KPM - https://splkpm.moe.gov.my/ dan click bahagian Aplikasi Modul Individu.


Atau cara lain, anda boleh terus click pada link berikut : https://splkpm.moe.gov.my/i_splg/

2. Masukkan Kad Pengenalan Pengguna (tanpa tanda -) anda dan Kata Laluan. Kata Laluan adalah 4 digit akhir No. K/P. Kemudian, click Login.


3. Setelah berjaya login, beginilah rupa paparan di laman web SPL KPM Individu anda. Gambar di bawah adalah paparan di laman web SPL KPM Individu milik saya sendiri.

Click gambar untuk melihat dengan lebih jelas

4. Click pada e-Profil (Kumpulan Guru) yang terdapat pada menu bar di bahagian sebelah kiri (seperti dalam gambar di bawah)




Terdapat 7 bahagian data eProfil yang perlu dikemaskini iaitu :


Untuk mengemaskini data, sila click pada bahagian yang berkaitan. 
Setelah selesai mengisi maklumat, click perkataan HANTAR.  

Di sini saya akan tunjukkan bagaimana contoh eProfil saya :

(1) PROFIL INDIVIDU 1


Cara-cara untuk upload gambar seperti contoh di atas :

1. Pastikan gambar sesuai untuk paparan dan dalam format .jpg sahaja.
2. Pastikan nama gambar telah diubah kepada nombor kad pengenalan pengguna. Contoh : 710102102345.jpg 
3. Saiz gambar mesti kurang daripada 200 kb. 
4. Gunakan browser 'Mozilla Firefox' atau 'Google Chrome' sahaja.

(2) PROFIL INDIVIDU 2 : Kemaskini Oleh Guru Vokasional/Teknik Sahaja
* Saya bukan Guru Vokasional/Teknik jadi ruangan ini saya biarkan saja.


(3) PENSIJILAN PROFESIONAL

Ruangan yang baru diwujudkan di dalam eProfil SPL KPM.
Pensijilan profesional yang melibatkan peserta yang ditauliahkan melalui kursus-kursus oleh agensi/agensi yang diiktiraf (contoh agensi: Microsoft, Intel, Institut Sukan Negara dll.)

(4) PENGALAMAN PERKHIDMATAN


(5) ANUGERAH/PENGIKTIRAFAN


(6) SUMBANGAN/PENGLIBATAN PROFESIONAL


(7) SUMBANGAN/PENGLIBATAN BUKAN PROFESIONAL 

    
* Dikemaskini pada Mac 2017

Post a Comment

11 Comments

  1. Owh, baru isi minggu lps. Sbb nak hantar SKT :)

    ReplyDelete
  2. assalamualikum. boleh terangkan sikit tak pengurusan fail splg di peringkat sekolah? kene ada apa, or boleh rujuk kat mana? tQ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. insya Allah saya akan terangkan dalam entri yang lain..

      Delete
  3. Good evening...
    kenapa paparan saya tidak ada button eProfil tu ya? Dan saya tak boleh kemaskini profil saya..
    Thanks

    ReplyDelete
  4. Dah seminggu cuba buka eprofil ( kumpulan guru) tapi masih tak boleh go through.. asyik keluar error 500.....
    Kenapa erk...

    ReplyDelete
  5. kalau tak ada button eProfil tu sila kemaskini Gred di eOperasi.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaiku...nk tnye kalu terlupa kata laluan mcm mn yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Sila berhubung dengan SULDP.

      Delete
  7. Assalamualaikum...
    Cikgu, baru sebentar tadi saya cuba buka splg...x dpt
    kenapa ye?
    saya dh byk kali try pun xdpt jg

    ReplyDelete
  8. Saya perlu sahkan e profil Salah Seorang guru saya.Bagaimana caranya .

    ReplyDelete