20 September 2012

Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat 22-23 September 2012

Jika anda belum merancang untuk ke mana-mana pada hujung minggu ini (22 & 23 September 2012), bolehlah hadir ke Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) bertempat di PWTC Kuala Lumpur bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang yang akan dirasmikan oleh YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi. Karnival ini secara tidak langsung membawa mesej bahawa 'Pembelajaran Dari Buaian Ke Liang Lahad' atau ‘Cradle to Grave’ dan bertemakan PEMBELAJARAN MENYINARI KEHIDUPAN.


Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) bakal menjenamakan rakyat Malaysia sebagai bangsa pencinta ilmu yang meneruskan ketamadunan dan melonjakkan kualiti kehidupan. PSH sebagai satu gaya hidup masyarakat dan komuniti di negara ini diterjemahkan kepada rakyat melalui beberapa penerapan mesej dan peningkatan kesedaran tentang agenda PSH. Penyemaian budaya ilmu boleh diterokai dan diperoleh tanpa batasan usia dan pendidikan formal. Program-program dan inisiatif kerajaan melalui PSH akan membawa kepada peningkatan ilmu, produktiviti dan daya saing negara.

Apa yang menarik di karnival ini ialah anda berpeluang untuk menyertai sekurang-kurangnya 3 dari 50 aktiviti disediakan dan menerima hadiah misteri dari pihak penganjur.
Antara aktiviti yang bakal menjadi tumpuan pengunjung adalah :
  1. Mengenali ikan jantan dan ikan betina
  2. Ukiran Buah
  3. Pedicure & manicure
  4. Make over
  5. Pembuatan baja dari sisa dapur
  6. Teknik pukulan golf
  7. Menghasilkan taman mini
  8. Pembuatan pinggan mangkuk seramik
Bagi memeriahkan karnival ini antara selebriti yang akan mengambil bahagian dalam karnival ini adalah  Chef Zubir, Dato’ Fazley Yaakob, Ahadiat Akashah, Rock Kiah Propa(Personaliti TV9), Ikhwan (HotFM), Zed Zaidi serta penampilan Dato siti Nurhaliza melalui kolaborasi industri melalui produknya Skin Simplysiti. 

1 comment: