Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 SMKA & KAA Tahun 2012

TERKINI : Semakan Keputusan Kemasukan Ke SMKA/KAA/SABK Tingkatan 1 Tahun 2012 Mengikut Negeri

Makluman kepada pelajar dan ibu bapa/penjaga yang ingin membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 SMKA & KAA bagi tahun 2012, maklumat berikut mungkin membantu anda.


Syarat Permohonan ke Tingkatan Satu SMKA / KAA
  1. Permohonan hanya dibuka kepada murid yang menduduki peperiksaan UPSR di Sekolah Kebangsaan kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
  2. Pemohon dan ibu bapa hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia sahaja.
  3. Mendapat 5A dan lulus PAFA dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 bagi kemasukan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).
  4. Mendapat sekurang-kurangnya  3A 2B dan  lulus PAFA dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 bagi kemasukan ke Kelas Aliran Agama (KAA).
  5. Cemerlang di dalam Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) untuk mata pelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab ATAU Penilaian Sijil Rendah Agama (PSRA) kelolaan Jabatan Agama Islam Negeri pemohon. 

Permohonan
  • Permohonan dibuka mulai pada hari keputusan UPSR diumumkan - 17 November 2011
  • Borang Permohonan Masuk ke TIngkatan Satu Kelas Rancangan Khas (KRK) Tahun 2012 boleh diperolehi di sekolah asal murid atau dimuat turun di laman web Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah.
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah.
  • Setiap permohonan hendaklah disertakan salinan dokumen berikut yang telah disahkan :
    • Sijil Kelahiran pemohon
    • Kad Pengenalan ibu dan bapa pemohon
    • Keputusan UPSR
    • Keputusan PKSR
    • Keputusan PSRA (Jika ada)
    • Sijil Kokurikulum atau yang berkaitan
Senarai Sekolah 

Senarai sekolah yang ada menawarkan Kelas Aliran Agama (KAA) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) boleh disemak melalui sekolah pemohon, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) atau Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

Tarikh Tutup
  • Borang permohonan yang telah lengkap berserta dokumen sokongan hendaklah dikembalikan ke sekolah asal masing-masing pada atau sebelum 24 November 2011.
  • Pihak sekolah berhak menolak permohonan yang tidak mencukupi syarat, tidak lengkap atau lewat diterima
Keputusan Permohonan
  • Senarai pemohon yang berjaya akan dipamerkan di Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing atau laman web Jabatan Pelajaran Negeri.
  • Surat tawaran hanya akan diberikan kepada pemohon yang berjaya.
  • Jika pemohon tidak menerima sebarang makluman dalam tempoh dua bulan dari tarikh tutup, pemohon hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.
Pertanyaan 

Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai permohonan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Kelas Aliran Agama (KAA) ini sila berhubung dengan sekolah pemohon atau Jabatan Pelajaran Negeri.

Post a Comment

0 Comments