21 November 2011

Cara Menyemak Baki Pinjaman Pembiayaan Ujrah PTPTN

Bagi anda yang telah berjaya ditawarkan pembiayaan Ujrah, sudah pasti ingin mengetahui berapakah baki terkini pinjaman anda. Untuk menyemak status tawaran Ujrah dan pemulangan dokumen perjanjian, sila baca entri Semakan Status Tawaran Dan Pemulangan Dokumen Perjanjian Ujrah PTPTN.

Di dalam kes saya, status tawaran Ujrah telahpun berjaya dan dikira bermula dari tarikh 11/1/2011. Begitu juga dengan status pemulangan perjanjian Ujrah - lengkap dan status akaun Ujrah saya telahpun dilaraskan. Untuk makluman anda, status semakan baki pinjaman yang telah ditawarkan kepada pembiayaan Ujrah tidak boleh disemak melalui laman e-FES.

Berikut adalah langkah mudah untuk menyemak baki pinjaman pembiayaan Ujrah PTPTN :


Masukkan No. K/P dan kata laluan, kemudian click Log Masuk.


Jika anda terlupa kata laluan, click pada Terlupa kata laluan? dan anda perlu mengisi No. K/P dan diminta memasukkan abjad / angka yang dipaparkan



Kemudian, PTPTN akan menghantar kata laluan baru ke alamat emel anda yang digunakan semasa mengemaskini maklumat Ujrah. 

2. Setelah berjaya login, paparan di skrin anda adalah seperti gambar di bawah :


Anda boleh memilih untuk melihat Penyata Baki atau Penyata Baki Terperinci. Selain itu, anda juga boleh menukar kata laluan dan alamat emel

Di bawah ini adalah contoh Penyata Baki Pembiayaan Ujrah saya setakat 21 November 2011.


 * Mesti rasa lega bila dah selesai membayar hutang PTPTN :)
 

4 comments:

  1. salam...sye ader try buka laman web yang cik bg tu...tp tak blh ler...cmner?

    ReplyDelete
  2. TQ..IA SANGAT BERMAKNA...SAYA DA CU BA DAN BERJAYA...BYAK LAGU HUTANG SAYA RUPANYA..TQVM..

    ReplyDelete
  3. sy lupa pswrd email..cmne ye..

    ReplyDelete
  4. Helpful sgt ur entry. Dari tadi cuba nk check penyata ujrah, info kt web lgsung tk membantu, last2 jmpe ur entry baru dpt check.thankius!

    ReplyDelete