01 June 2012

Notice Of Cessation Of Practice

Ada yang pernah bertanya, "Tak menyesal ke tukar kerjaya? Tak best ke jadi lawyer?". Saya hanya senyum. Kalau nak cerita dari A sampai Z rasanya panjang sangat. Saya pernah ceritakan kepada rakan-rakan terdekat serta anak-anak murid mengapa saya bertukar bidang dari bidang guaman ke bidang pendidikan. Apapun saya suka dengan kerjaya saya sekarang - seorang guru.  

Tarikh 1 Jun 2007 sudah tercatat sebagai kenangan dalam hidup saya. Pihak Majlis Peguam (Bar Council) sudah menerima permohonan saya untuk berhenti dari menjadi seorang pengamal undang-undang/peguam. Sedar tak sedar dah masuk beberapa tahun saya meninggalkan bidang itu.

Surat dari Majlis Peguam/Bar Council Malaysia


Setelah diterima dan didaftaraikan sebagai seorang Peguambela dan Peguamcara
(Long Call pada 13 Mei 2004 di Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur)
 
* Pada kawan-kawan yang masih bergelar peguam : "teruskan perjuangan anda"
 

7 comments:

  1. wah.. baru tahu cikgu laili ni asalnya peguam.. saya cukup hormat pada peguam.. bukan senang nak jadi peguam kena banyak membaca.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah lama tinggalkan bidang guaman & kini tugas utama saya mendidik anak bangsa :)

      Delete
  2. Peguam memang besar cabarannya. Tapi menjadi pendidik anak bangsa apa kurangnya. Semoga maju jaya cikgu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua2 kerjaya ini ada cabarannya tersendiri.
      terima kasih atas ucapan :)

      Delete
  3. Wah, serius!

    Rasa semangat nak teruskan bidang ni.

    Hebat jugak blogger kita ni sebenarnya.

    Tapi yelah, Allah itu Maha Mengetahui rezeki kita dimana sebenarnya.

    ReplyDelete
  4. Salam kak Laili, saya nak tanya kak tunggu berapa lama baru Bar Council reply surat kak selepas kak hantar notice kepada bar council? sebab adik nak stop kerja sebagai peguam juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. bila saya tengok balik surat tu tercatat tarikh saya hantar surat pada 30 Mei dan balasan dari pihak Bar Council pada 1 Jun. Surat ini dipos ke alamat rumah jadi ambil masa dalam 3 hari untuk saya terima.

      Delete