21 May 2011

,

Pengalaman 40 Minggu Nan Indah Itu Dirasai Kembali

Siapa sangka entri perkembangan bayi dari 1 hingga 40 minggu kehamilan yang saya kongsikan baru-baru ini merupakan petanda awal saya bakal melalui pengalaman 40 minggu nan indah itu kembali. Tiada tanda-tanda seperti kehamilan pertama (2006), rupa-rupanya kandungan saya sudah masuk minggu ke-7 dan insya Allah bakal dilahirkan pada tahun hadapan.

Ramai kawan-kawan yang dapat mengagak bila membaca status di facebook saya :

"Alhamdulillah, kami sekeluarga diberi peluang oleh-Nya untuk merasai pengalaman indah buat kali ke-2. Syukur Ya Allah :)"

Nampaknya saya kena study kembali buku-buku tentang kehamilan dan penyusuan susu ibu. Dah lama sangat tidak merasa pengalaman indah semasa mengandung, melahirkan & menyusukan anak,  berpantang, berjaga malam dan lain-lain lagi. 

Amir  sewaktu berusia 6 bulan

*********************************************


Penjagaan Bayi - Apa yang perlu anda buat jika bayi asyik menangis, merengek. Jom sama-sama saksikan video di bawah :


* Entri ini sekadar berkongsi rasa gembira di atas rezeki yang diberikan oleh-Nya. 

3 comments:

  1. tahniah kak... =)

    ops, sekarang ni yana risau dengan baby tersedak susu... kalau main dengan anak jiran kan, x berani nak bagi susu sebab takut tersedak...

    ReplyDelete
  2. Liyana & Lin : terima kasih byk :)

    ReplyDelete