22 March 2011

Semak Keputusan SPM 2010 Dengan SMS

Keputusan SPM 2010 memang dinanti-nantikan oleh calon SPM 2010, ibu bapa/penjaga dan juga guru. Kalau pelajar berdebar menunggu keputusan mereka, ibu bapa dan cikgu juga turut merasa debarannya. Apa pun, esok adalah hari yang bakal menyaksikan pelajar-pelajar yang berjaya dengan cemerlang dalam SPM dan begitu juga dengan mereka yang kurang berjaya. 

Ini ada berita baik bagi calon SPM, keputusan SPM 2010 boleh disemak melalui SMS mulai jam 10 pagi 23 Mac hingga jam 12 malam 30 Mac 2011. Caj penghantaran sebanyak RM0.15 dan manakala caj penerimaan pula sebanyak RM0.50.

 

Format penghantaran SMS untuk semakan keputusan SPM 2010 :

Taip SPM SEMAK (No. K/P) (angka giliran) dan SMS ke 15888

contoh : SPM SEMAK 900104086077 BC001A040 dan hantar ke 15888

2 comments: