22 February 2011

,

Chicken Pox dan Kisah Amir

Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.

Tanda dan Gejala 

Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku. 

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

Sumber : Chicken Pox
 
----------------------------------

Hari ni saya bawa Amir ke klinik kesihatan kerana demam. Dah lama juga dia tidak demam. Sebelum tidur malam tadi, saya rasa kepala Amir - panas. Sahlah dia demam. Cepat-cepat saya bagi makan ubat. Bangun pagi, suhu badannya masih panas dan ada bintik-bintik merah di belakang badannya. Hmm..entah-entah chicken pox?

Sampai di klinik, sempat jugalah saya ambil gambar semasa Amir menerima rawatan. Memang betullah Amir kena chicken pox. 

 Jururawat sedang mengambil suhu badan Amir 

Disebabkan chicken pox ni mudah berjangkit, jadi Amir diberi mc selama 4 hari bermula dari hari ini (22/2/2011). Nampaknya ibu dan ayah kena bergilir-gilirlah ambil cuti sehingga Amir sembuh.


MC pertama Amir - cuti 4 hari

2 comments:

  1. Semoga Amir cepat sembuh.. Jangan beri dia makan kicap, kalau tak nanti kesan parut susah nak hilang.

    ReplyDelete
  2. get well soon amir! :) anak2 saye semua dah kne ciken pox..lega!

    jemput ke rumah..
    http://laydie-dda.blogspot.com
    keep in touch yeee..♥♥♥

    ReplyDelete