15 December 2010

18 Cara Memikat Hati Suami

Dalam entri yang lepas, saya telah kongsikan 10 Cara Memikat Hati Mertua. Bagaimana pula cara untuk memikat hati suami? Sebagai seorang isteri, sudah tentu anda dan saya ingin menjadi yang terbaik di kaca mata suami. Di sini, saya kongsikan 18 Cara Memikat Hati Suami yang perlu diamalkan :


1. Akur pada suami
Sentiasa jujur, ikhlas dan taat pada suami. 

2. Berkelakuan baik terhadap suami
Jangan menyakiti hati suami dengan tingkah laku, bahasa ataupun tindakan. Sebaliknya, menjadi isteri yang 'melegakan' setiap kali suami pulang ke rumah. Jangan sampai suami menderita makan hati dalam diam. Sifat yang harus dielak ialah berleter dan bermasam muka.

3. Jangan bebankan suami
Ada isteri terlalu 'demand', meminta itu dan ini sehingga suami pening kepala untuk memenuhi kehendak dan impian isteri. Jangan sampai suami terpaksa menerima rasuah atau salah guna kuasa semata-mata ingin memenuhi permintaan isteri.

4. Sentiasa bersolek untuk suami
Ramai isteri tidak suka bersolek di rumah malah ada yang kelihatan selekeh. Ada isteri yang merasakan mereka sudah tua dan tidak perlu bersolek hatta mengenakan sedikit gincu untuk kelihatan cantik di mata suami. Sedangkan menjadi fitrah lelaki sukakan kecantikan terutama melihat seorang wanita yang menawan. Walaupun suami tidak pernah bersungut tetapi hakikatnya mereka suka melihat jika isteri bersolek seadanya agar sentiasa kelihatan manis dan menarik. Sebolehnya, ubah imej mengikut citarasa suami.

5. Jangan suka sanggah dan menolak permintaan suami
Jangan biar malaikat melaknat isteri yang menderhaka atau sering menyanggah cakap suami.

6. Sentiasa mengingatkan dan berpesan pada suami
Ingatkan suami dan berpesan dalam apa jua perkara.

7. Perlu ada rasa takut dan hormat pada suami
Ia dapat elak daripada buat perkara tidak baik.

8. Jangan membelakangkan suami
Mesti minta izin suami terlebih dahulu walaupun tahu suami tidak marah. Ia sebagai cara menghormati suami. Biarpun perkara kecil, setiap isteri perlu menjaga hati suami.

9. Jaga harta suami
Ia adalah amanah kepada setiap isteri dan jangan sesekali menyalah guna ataupun menggunakannya untuk kepentingan sendiri.

10. Isteri kena minta maaf segera jika buat salah / menderhaka pada suami
Jadikan ia amalan biasa dan jangan sesekali lengahkan, buat tidak tahu ataupun tunggu Hari Raya untuk minta maaf. Sesungguhnya isteri sebegini sentiasa dilaknat para malaikat.

11. Solat bersama suami
Jangan hanya tunggu apabila ada masalah, sebaliknya jadikan ia amalan harian untuk merapatkan hubungan dan mengelakkan menderhaka kepada suami.

12. Jangan perkecilkan pemberian suami biarpun tidak seberapa
Sebaliknya kena berterima kasih dan hormati diri nya sebagai suami terutama bagi isteri yang berkedudukan dan berkerjaya tinggi.

13. Perlu bermuka manis dan senyum pada suami
Isteri sedemikian akan dimuliakan di akhirat.

14. Pandang muka suami bila bercakap
Lihat dan tenung dengan penuh kasih sayang. Ia lebih dekat di hati. Bukan bercakap membelakangkan atau sambil buat kerja.

15. Jangan bawa virus barah (pergaduhan) dalam rumah tangga
Jangan biar suami berubah hati dan mencari wanita lain. Awas! punca suami kahwin lain ialah kerana ada benda yang tidak ada pada isteri.

16. Jangan terlalu kongkong suami
Beri kebebasan dengan batasan yang wajar. Jangan kerana terlalu prasangka sampai asyik telefon bertanya suami di mana, sentiasa bertekak, check telefon suami hingga suami tiada privasi.

17. Urut badan suami selepas balik kerja
Walaupun penat tetapi satu-satunya cara memikat suami ialah dengan memberi sentuhan pada suami.

18. Jaga makan minum suami
Guna ayat-ayat al-Quran dan bukannya bomoh untuk menambat hati suami. Ingatlah doa adalah lebih mujarab. Hulurkan segelas air setiap kali suami pulang dari kerja.

17 comments:

  1. semua sudah dilakukan,tapi masih juga sering dimarahi dan disakiti..

    ReplyDelete
  2. insyallah mudah mudahan allah akan memberkhati kebahagiaan didunia dan akhirat...amin

    ReplyDelete
  3. I dah buat semua tu tapi suami cari lain juga. Mcm mana tu? Mmg dasar lelaki, tak boleh tgk pompuan cantik. Lebih2 lagi kalau pompuan tu goda dia. Seteguh mana iman, pasti kalah juga dgn godaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami sy pon sme,dgn sy asik nk bertekak jew,adew jew yg xkne dgn sy ni,

      Delete
    2. Suami saya selalu menyalahkan saya, dia x muhasabah diri sendiri.tak boleh di tegur tp menegur saya seolah-olah saya ni shj yg menimbulkan masalah.Dia perfect.Memaki hamun, menghasut anak supaya bencikan saya.suami jenis apa macam tu.

      Delete
  4. Sy syg suami sy, 6 thn bsm wpn blum dikurniakn zuriat tp kami tetap sabar..

    ReplyDelete
  5. Hubungan sy dan suami semakin lame smakin dingin,

    ReplyDelete
  6. aslmkm. pada yg cuba nk menang hati suami kembali,mengembalikan saat2 kebahagiaan,mengekalkan rasa kasih cinta antara suami isteri, mencuba mendptkan chy mata, mungkin produk jsd dpt membantu. boleh ke page

    https://www.facebook.com/JamuSusukDaraErna
    @ blh pm sy di facebook hitdrus erna
    sy sedia membantu. kita ikhtiar memperbaiki diri.

    ReplyDelete
  7. Sy syg suami ..suami sy pun syg sy...tapi suami sy cari yg lain jg..sy pun taktau apa kekurangan sy..

    ReplyDelete
  8. Suami sy pndiam.....smpai nk hndle mslh pn suami sy bt xthu jer..sy xthu die nk mrh ke x

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum saudari kakak2ku yang cantik lagi solehah.. setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah dia, dan anggaplah sebagai ujian dari ALLAH SWT kepada kita kaum hawa.... maaflah jika adinda di sini menyampuk tak kena pada tempat.. adinda baru setahun jagung dalam perkahwinan... namun izinkan adinda berkongsi ilmu dengan kanda2 bakal ketua bidaDari di Syurga... izinkan adinda share link ni.. dan bacalah ... http://keranakasihnabi.blogspot.com/2013/03/memikat-hati-suami-1-tanyalah-ustaz.html .... semoga kita mampu menjadi isteri yang solehah dan maafkan jika adinda di sini terkasar bahasa dan menyibuk... peace :)

    ReplyDelete
  10. salam adik lili saya sebagai suami amat menyayangi isteri, tetapi isteri saya kurang menyayangi saya. dia tak pernah menghargai dan menjaga benda pembelian atau pemberian dari saya. contohnya saya ada memberi cincin emas tetapi saya rasa dia tidak berkenan sebab dia tak pakai langsung cincin tersebut. alasannya jari jadi gatal apabila pakai. banyak lagi perkara yang membuat saya berkecil hati. sebab tulah hati ini menjadi tawar dan dingin kepadanya. kepada yang sudi mengenali saya hubungilah saya no tel 0122640064 - zaki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apeke lawak pakcik nie..haha.

      Delete
  11. Biasa lar suami dy mmg nk dy jew btol...kte yg slh...emmm

    ReplyDelete
  12. kite dah jalankan tanggungjawap sebagai isteri , tp seringkali di abaikan ... kite ni jatuh no 3 selepas mak bpk die n kawan2 die .. smpikan kehadiran kite menyemakkan hidup die .. alahai hati sedihnyee :(

    ReplyDelete
  13. thanks a lot for this info..Good sharing..
    http://znzabadistore.blogspot.com/

    ReplyDelete