05 November 2010

,

Keputusan UPSR 2010

Bagi adik2 darjah enam sudah pasti mereka tertunggu2 bilakah tarikh keputusan UPSR akan diumumkan, kan? Mereka telahpun menduduki peperiksaan ini pada 21 hingga 23 September yang lepas. Baca entri ni.


Untuk pengetahuan semua calon UPSR dan ibu bapa serta guru2, keputusan UPSR 2010 akan diumumkan pada 11 November ini. Berikut adalah petikan berita tentang pengumuman keputusan UPSR 2010 :

PUTRAJAYA: Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 akan diumumkan pada Khamis, 11 Novemver ini, menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran hari ini.

Kenyataan itu menyebut calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, pada hari berkenaan.


Pada tahun ini, seramai 494,493 calon telah menduduki UPSR di 8,192 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon sekolah kebangsaan dan sekolah bantuan kerajaan adalah seramai 486,321 orang manakala bakinya sebanyak 8,172 orang adalah calon sekolah swasta.


-- BERNAMA 

2 comments:

  1. Salam Blogger,
    Oh... kepada adik-adik upsr... Yang dapat 5 A.. Tahniah! Kepada yang kurang skit.. jangan sedih2... Berusaha lagi.. Pasti akan berjaya dgn cermerlangnya.. Semua ni ku pernah rasa..

    Admn BloggerCrew.

    ReplyDelete
  2. betul tu. tak sabar menunggu keputusan UPSR. berdebar2 je rasanya..

    ReplyDelete