25 September 2010

Pembiayaan Ujrah 1% PTPTN

Entri ni saya tujukan khas untuk seseorang yang bertanyakan tentang entri saya PTPTN : pertukaran pinjaman 3% kepada pembiayaan Ujrah 1%. Saya harap entri ni dapat membantu dan boleh dijadikan maklumat tambahan untuk yang lain juga. 


Psstt..saya bukan pegawai PTPTN tau. Maklumat saya yang perolehi ni adalah  dari pemahaman saya setelah membaca Pekeliling  PTPTN Bilangan 2 Tahun 2008 tu. Untuk dapatkan maklumat lanjut, anda dinasihatkan  untuk berhubung terus dengan pihak PTPTN sendiri. 

Apakah maksud ujrah?

Ujrah bermaksud upah. Kalau sebelum ni PTPTN mengenakan 3% hingga 5% kos pentadbiran, (sila rujuk penyata PTPTN anda, mesti ada tercatat kos pentadbiran PTPTN, kan) jadi pembiayaan ujrah (1%) telah menggantikan kaedah lama dan mula dikuatkuasakan sejak 1 Jun 2008 melalui Pekeliling  PTPTN Bilangan 2 Tahun 2008.


Siapakah yang layak untuk pembiayaan ujrah?

1. Semua pelajar yang memohon pembiayaan pendidikan PTPTN.
2. Semua peminjam yang masih meneruskan pengajian.
3. Semua peminjam yang telah tamat pengajian atau pembiayaan telah dikeluarkan sepenuhnya kepada peminjam.


Cuba lihat jadual 1 di bawah. Anda boleh nampak perbandingan jumlah caj 3% dan ujrah 1% :



Formula pengiraan ujrah :

* Sila rujuk Pekeliling PTPTN Bil 2 Tahun 2008 untuk kes2 lain
Maklumat lain yang perlu anda tahu :


** Sekiranya anda ingin bertanyakan soalan apa saja yang berkaitan PTPTN, anda boleh sertai e-forum PTPTN dan hantarkan soalan anda mengikut tajuk yang berkaitan. Click SINI untuk ke forum PTPTN. 

14 comments:

  1. hi ciklaili..sy mntk share entry ni ye sbb kwn2 sy n sy pun x bape phm maksud ujrah 2.

    ReplyDelete
  2. salam . sy nak penjelasan cik laili boleh?mengenai portal ptptn.kat situ ada 4 perkara.saya buat permohonan kali pertama guna no3. nk log in pasword guna no2 tak boleh.boleh tlg jelaskan apa beza antra no2 dan no3?sya dah buat banyak kali tapi tak boleh jugak.skang saya dah sem 2 dan amat memerlukan pinjaman tu.harap cik laili dapat bantu untuk penjelasan

    ReplyDelete
  3. azrie : minta maaf, saya kurang faham soalan azrie. skrg azrie sudah tamat belajar atau belum? rasanya lebih baik berhubung sendiri dengan pihak PTPTN melalui forum PTPTN.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. sya pn sgat kurg bpuas ati trutamanya dlam caj byaran blik

      Delete
  5. salamz..saye nak tnye..ujrah nie maknenye contoh pinjaman rm10000, kos pentadbiran (10000 x 1% x 10thn). So maknenye skrg dlm tempoh 10 thn kos pentadbiran sy adalah $1000, Tp jika sy byr dlm tempoh 5 thn, adakah kos pentadbiran akan berkurang atau akan tetap rm1000?

    ReplyDelete
  6. kalau anda selesai membayar pinjaman PTPTN lebih awal dari masa yg ditetapkan, PTPTN akan membayar rebet. sila rujuk forum PTPTN..

    ReplyDelete
  7. thanks ye ciklaili..sy udh phm sket psl ujrah ni..thanks 4 ur info! ;)

    ReplyDelete
  8. TIME KASIH DARI SEMLM I AND MY HUSBAND TERTANYA2 APA ITU UJRAH..KAMI DAH BAYAR 1 TAHUN PTPTN TAPI BAKI PINJAMAN X LUAK2 HEHEHE

    ReplyDelete
  9. sama-sama. harap maklumat ni dapat membantu :)

    ReplyDelete
  10. kalo peminjam islamik jumlah pinjaman sebanyak rm 5,000.00 kebawah layak lagi ke dpt ujrah

    ReplyDelete
  11. Adakah anda memerlukan pinjaman? Pernahkah anda mencari di mana untuk mendapatkan pinjaman? Adakah anda telah cuba untuk mendapatkan apa-apa jenis pinjaman? kemudian memohon di? (rodrigoluliloanfirm@yahoo.com) jika anda mahu untuk mendapatkan pinjaman yang berpatutan. Pinjaman yang ditawarkan di sini pada kadar faedah yang sangat rendah 3%. Hubungi kami sekarang jika anda berminat.

    ReplyDelete