Tip pindah rumah baru

Sepanjang cuti sekolah ni saya dan suami amat berharap urusan pindah ke rumah baru akan selesai. Dengan pengalaman yang saya ada sebelum ini (menjadi peguam), saya pernah mengendalikan urusan jual beli rumah klien & menjangkakan urusan jual beli hanya mengambil masa yang tidak terlalu lama. Tapi, kita hanya merancang & Allah yang menentukan segalanya. 


Apapun, saya sekeluarga telah dimaklumkan oleh peguam bahawa besar kemungkinan minggu  hadapan kami akan dapat kunci rumah baru. Lepas tu bolehlah mula pindahkan barang2 dari rumah kami sekarang ke rumah baru,  pasang langsir, mengemas dll. Nampaknya bulan Ramadan  & Syawal kali ni, kami sekeluarga akan berpuasa & berhari raya di rumah baru :)

Ini adalah pengalaman kali ke-2 kami berpindah rumah (sewa). Di sini ada beberapa tip pindah rumah yang nak saya kongsikan dengan anda semua.

Tip Pindah Rumah

1. Mengemas
- Sebaiknya tidak mencampurkan barang dalam satu tempat serupa bagi mengelak menjadi semak dan berserabut. Elok jika buku diletakkan di dalam kotak buku, serta baju juga dikhususkan untuk kotak baju.
- Jangan sesekali lupa untuk menandakan kotak dengan kandungan barang di dalamnya untuk mengelakkan kekeliruan dan kerosakan barang ketika diangkat.
- Barangan kaca perlu dibungkus dengan kertas bagi mengelakkan daripada pecah dan terpelanting di dalam kotak.
- Seeloknya, barangan berharga dan kaca dibawa sendiri dengan kereta bagi memastikan keselamatan dan menghindari daripada kerosakan.
- Sebaiknya, peruntukkan masa lebih lama untuk mengemas barang jika merancang untuk berpindah. Tindakan lebih awal dapat mengelak daripada kesuntukan masa dan penat. Buang atau beri kepada yang memerlukan barangan yang tidak diperlukan dan hanya bawa barangan yang dirasakan perlu untuk di kediaman baru.

2. Asingkan barangan
- Pisahkan setiap barangan mengikut kategori bersesuaian seperti barangan di dapur, ruang tamu, bilik tidur dan barangan elektrik.
- Jika barangan perabot boleh diceraikan lebih elok berbuat demikian untuk memudahkan proses mengangkat dan penghantaran.
- Lebih baik anda melakukan sendiri proses membuka barangan seperti perabot dan barangan elektrik untuk memastikan tidak rosak jika dilakukan orang lain.
- Kategori barangan mengikut ruang yang bakal menempatkan sesuatu barang seperti lampu perhiasan di ruang tamu dan kipas di bilik tidur.

3. Keselamatan perabot
- Bagi memastikan perabot seperti sofa tidak rosak atau kotor, bungkus dengan kain atau sarungkan dengan plastik.

* Hmm..masih terfikir nak pilih konsep apa untuk rumah baru nanti.

Post a Comment

0 Comments