Penilaian Tahap Kecekapan - PTK

Salam semua. Pagi2 lagi saya dah update blog ni. Teringat posting cikgu DaHLia tentang waktu paling ideal untuk post entry tapi disebabkan baru teringat ramai kawan2 cikgu yang bakal menduduki peperiksaan PTK pada esok hari (10/6/2010), saya tak  jadi ikut petua beliau. Lain kali saya praktikkan ye.

Saya masih belum layak untuk ambil peperiksaan PTK. Maklumlah, saya baru  beberapa tahun bekerja dengan kerajaan. Belum dapat surat pengesahan jawatan pun lagi :(

Sedikit maklumat tentang objektif PTK :

1. Menggalakkan penggunaan pengetahuan, kemahiran, kreativiti dan inovasi
2. Menggalakkan pembangunan diri dan memantapkan ciri-ciri peribadi
3. Menerapkan budaya kerja berpasukan
4. Memantapkan organisasi pembelajaran
5. Melaksanakan pengurusan sumber manusia berasaskan kompetensi
6. Memenuhi salah satu syarat anjakan gaji dan kenaikan pangkat
7. Membudayakan kecemerlangan perkhidmatan awam

Maklumat lain tentang PTK boleh dapatkan di SINI

Post a Comment

0 Comments