17 June 2010

,

Medical check-up

Semalam, awal-awal pagi lagi saya dah bersiap untuk keluar rumah - ada temujanji untuk pemeriksaan kesihatan @ medical check-up di Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam. Temujanji ni dah dibuat 2 minggu sebelum cuti sekolah. Oh ya! saya lupa beritahu medical check-up ni dibuat bagi melengkapkan borang perlantikan tetap saya sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (cikgu la tu). 

Kali terakhir saya buat medical check-up pada tahun 2007, waktu mendaftar KPLI-KDC di IPG Ipoh. Saya pun ingat2 lupa bagaimana prosedur medical chek-up ini dijalankan. Saya sampai di hospital 5 minit sebelum waktu temujanji - 8.30 pagi & terus pergi ke bahagian pentadbiran. Di sana saya perlu mengisi beberapa borang pula. Antaranya borang X-Ray, Urine Test & borang pesakit luar. Selesai mengisi borang, saya diberikan no giliran untuk X-ray. Memang cepat prosesnya, tak sampai 5 minit dah siap.


Prosedur seterusnya, saya pergi ke makmal untuk ujian air kencing. Selepas menyerahkan borang Urine Test, saya diberikan botol untuk mengisi air kencing. Keputusan ujian air kencing hanya boleh diambil selepas  pukul 2 petang. Jadi, saya balik ke rumah dulu (cover tidur) sementera menunggu waktu petang. Sila baca entri ni mengapa saya tidak tidur semalam.

Selesai solat & makan tengahari, saya pergi semula ke hospital. Petang tu, saya ambil keputusan ujian air kencing & seterusnya menunggu giliran untuk pemeriksaan doktor. Sebelum tu saya dipanggil masuk ke bilik lain untuk pemeriksaan ketinggian, berat & mata. Dah lama juga saya tak timbang berat. Kali terakhir timbang, waktu saya perasan berat dah makin turun :)

Sambil menunggu giliran, sempat jugalah menonton rancangan TV3 (tak ingat tajuknya) tapi cerita Indonesia. Lebih kurang pukul 3.50 petang barulah nombor giliran saya dipanggil. Doktor tak tanya banyak pun, sekadar soalan2 biasa - antaranya : ada penyakit ke macam kencing manis @ darah tinggi? dah berapa lama jadi cikgu? mengajar di mana? anak berapa orang?. Bila selesai jumpa doktor, saya tengok balik borang medical check-up. Rupanya doktor ni lulusan UIA (sama saya tapi lain jurusan) & kami sebaya rupanya :)

3 comments:

  1. Dulu sy pernah buat praktikal di hospital tu.

    ReplyDelete
  2. naik pangkat eh? congratz then :P

    ReplyDelete
  3. Adziim : bila tu?

    jack : bukan naik pangkat. baru nak dpt lesen jadi cikgu :)

    ReplyDelete