02 June 2010

Kenangan terindah seorang peguam dan cikgu

Yahoo! Cuti sekolah datang lagi. Siapa yang tak suka cuti kan? Selain anak murid, guru-guru juga turut gembira bila tibanya cuti sekolah. Masa ni lah cikgu dapat berehat sebentar dari sesi pengajaran & pembelajaran (biasa sebut p&p aje), melaksanakan tugas-tugas 'kerani' dan macam-macam lagilah.

Jangan kata kerja cikgu mudah. Walaupun kerja separuh hari, tapi kerja-kerja sekolah masih lagi dibawa balik ke rumah. Ditambah pula dengan kertas-kertas jawapan peperiksaan yang belum habis ditanda, nampaknya cuti untuk cikgu sangatlah terbatas. 

Mengimbau kembali pengalaman saya sewaktu menjadi peguam di Kuala Lumpur suatu masa dulu, memang waktu kerja agak lama (pukul 8.30 - 6.00 petang) tapi kerja di pejabat akan ditinggalkan dan disambung keesokan harinya. Waktu itulah kerahan tenaga dilakukan dari pagi hingga ke petang tetapi selepas balik kerja, otak akan jadi ringan dan sempat lagi window shopping di Sogo (pejabat saya bersebelahan Sogo) atau shopping complex yang berhampiran. 

Tapi..semua tu dah jadi kenangan. Apapun saya tidak menyesal meninggalkan bidang guaman dan masuk ke bidang pendidikan.

Saya sedang menyemak keputusan periksa 

Kalau anda nak tahu, cuti sekolah kali ni adalah cuti sekolah saya yang kedua. Sebelum ni setiap kali cuti sekolah (bermula November 2007) saya akan sambung belajar di IPG Ipoh, Perak - KPLI KDC (Kursus Dalam Cuti). Tempoh belajar selama satu tahun setengah. Alhamdulillah, kini saya dah pun habis belajar, konvo dan sudah mendapat lesen untuk menjadi seorang guru :)

Di bawah ini adalah gambar kawan-kawan sekelas saya waktu di IPG. Rasa rindu pula nak berkumpul bersama bila tiba cuti sekolah. Maklumlah setiap kali cuti mesti berkumpul. Sekarang ni masing-masing dah bawa haluan sendiri.

Gaya skema dan formal

Jamuan kelas setelah tamat belajar 

4 comments:

  1. Saya nk jdi peguam. Slepas matrikulasi apa langkah seterusnya? Jika saya lulus A-Level dan brpeluang mnyambung pengajian saya di luar negara. Selepas itu apa prlu saya lakukan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. matrikulasi jurusan apa? kalau Undang-Undang terus sambung Ijazah. habis Ijazah kena buat chambering (latihan dalam kamar) selama 9 bulan. lepas long call (didaftarraikan sebagai peguambela & peguamcara) barulah boleh beramal sebagai seorang peguam..

      kalau sambung di luar negara & nak kerja di Malaysia kena ambil peperiksaan lain. jika lulus baru boleh beramal sebagai peguam..

      Delete