28 May 2010

Kerana facebook pelajar simbah cat kereta guru

Entry kali ni tentang pelajar & guru lagi. Rasanya dalam seminggu ni banyak betul cerita tentang salahlaku pelajar terhadap guru. Apa nak jadi pelajar2 sekarang ni :(


Kejadian kali ni berlaku di Johor Bahru melibatkan kereta guru disiplin. Sebelum tu komen provokasi mengutuk & mengecam guru di laman sosial facebook membabitkan belasan pelajar membawa tindakan biadap seorang pelajar menyimbah cat ke kereta guru terbabit pada waktu persekolahan.
"Sebelum ini, sebagai guru disiplin saya banyak memberikan amaran, namun kejadian ini dianggap serius dan berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan sewajarnya. Walaupun ia dianggap satu ugutan, saya tetap komited dengan tugas sebagai guru dan akan meneruskan tanggungjawab" - Hariri Yusof, 43
Untuk membaca berita penuh, sila click SINI.

Cayalah cikgu. Jangan patah semangat untuk terus berjuang menjadi seorang guru yang disengani. Adakah salah ibu bapa tidak mendidik anak dengan didikan sempurna sebelum melangkah masuk ke alam persekolahan atau salah guru yang menyebabkan pelajar berkelakuan kurang sopan atau memang salah pelajar itu sendiri. Fikir2kan..

3 comments:

  1. salah satu keburukan facebook. huhu. macam-macam.

    ReplyDelete
  2. Saya mmg geram ngan pelajar2 yg kurang hajar (macam la saya cikgu, hahah, tp suami saya cikgu). Saya kadang2 lagi geram dengan parents yg menyusahkan cikgu2 utk menjalankan tanggungjawab sebagai guru.

    Saya pesan kat suami, "abang mengajar betul, kalau kena hukum, hukum ja, kalau kena rotan, rotan ja, kalau parents dorang datang, eksplain apa yg dorang buat salah, then bg kata dua kat parents, u nak saya ajar anak u ke tak? kalau tanak saya bleh ignore ja dia" hehe, menjadik, parents mula buka mata..

    satu lagi, saya suh hubby buat satu buku punishment. setiap seorang murid akan dapat satu page dlm buku tu, setiap kali dia kena punish, jot down apa punishment dan atas kesalahan apa, dan tandatangan oleh murid. haha, lagi berkesan. selalunya, nganga la parents kalau datang jumpa hubby kunun2 nak serang cikgu sbb rotan anak dia..berderet kesalahan (btw, hubby ditugas ngajar kelas last skali tahun sbb sikap dia tegas tu)

    ReplyDelete
  3. nn : tu namanya salah gunakan FB..

    Liyana : itulah..tugas guru sekarang lebih mencabar. Ditambah pula dengan kepesatan teknologi masa kini. tak tahulah tahun 2020 nnt mcmmana. murid2 sekarang ni lah yg bakal jadi pemimpin negara. moga guru2 diberi kekuatan untuk membina modal insan berguna di masa akan datang, insya ALLAH

    ReplyDelete