12 May 2010

,

Kena sembur!

Petang semalam, selepas kelas tambahan Sejarah saya terus ke kedai jahit kak D untuk ambil baju. Hari Isnin depan bolehlah melaram dengan baju baru :) Opps..lupa nak beritahu. Hari Isnin tu adalah sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Tahun ni warna coklat bercorak batik menjadi pilihan guru2. (Gambar baju akan dimuatnaik kemudian ye..)

Lepas ambil baju, saya ke rumah pengasuh pula untuk ambil Amir. Memandangkan semalam ada pasar depan Stadium Sungai Besar, jadi teruslah ke sana. Beli nasi dagang 2 bungkus, cendawan goreng & kacang rebus. Amir pula macam biasalah - beli air milo. 

Waktu sampai ke rumah, terdengar pengumuman dari kenderaan Jabatan Kesihatan. Rupanya di taman saya tu dah ada kes denggi. Jadi malam tadi kenalah sembur. Bukan sembur di luar je tapi sampai ke dalam rumah. Sebenarnya ni pengalaman saya yang ke-2. Sebelum ni pernah juga kena sembur, waktu duduk di taman lain. Risau juga bila dah ada kes denggi ni. Kena pastikan tiada seekor nyamuk pun yang terlepas masuk ke rumah. Err..boleh ke?

  Masa tengok blog sendiri, tiba2 ternampak Nuffnang Xchange widget ni. 
Eh! blog sayalah :)

0 Comment:

Post a Comment