10 March 2010

Roadtax baru

Saya masih dalam mood sedih. Roadtax saya yang baru diperbaharui hari Khamis lepas dah pun HILANG. Memang nak menangis pada mulanya (sebab tak pernah terjadi sebelum ni), tapi saya tahan. Puas jugalah saya cari dalam kereta, tak jumpa langsung.

Saya mula ingat kembali waktu roadtax tu diserahkan ke tangan saya. 
.
.
.
.
.
.
Hari tu hari Khamis. Anak murid saya serahkan sampul surat berwarna coklat (yang telah diamanahkan oleh ibunya selepas  tamat kelas saya (roadtax baru saya dimasukkan ke dalam sampul tu). Setiap tahun ibu pelajar tadi yang menguruskan urusan roadtax & insuran kereta saya. Saya letakkan sampul tu dicelah² buku teks Sejarah Tingkatan 5. Saya biarkan sampul tu di situ sehingga hari Jumaat.

Hari Jumaat, sebelum balik sekolah saya ambil sampul surat coklat tu & letakkan di dalam kereta supaya mudah untuk ditampal. Saya letakkan sampul tu betul² di atas kotak tisu. Lepas tu sampul tu tak dipindahkan ke mana² pun. 

Pagi hari Sabtu saya tak gunakan kereta langsung (duduk di rumah aje). Petangnya, kami pergi photosoot di Tonggak 10, Sungai Besar. Masa tu sampul tu masih ada.  Tengoklah beberapa keping gambar Amir waktu photoshoot tu :


Selesai aktiviti di Tonggak 10, kami bertolak ke rumah keluarga saya di Sungai Haji Dorani. Selepas Isyak kami balik ke rumah. Esoknya, saya minta suami bawa kereta ke kedai basuh kereta (dah seminggu lebih kereta hitam saya tu tidak dimandikan). Saya memang tak ingat langsung tentang sampul coklat tu.

Semalam, saya bersemangat untuk tampal roadtax baru. Berpeluh² saya mencari dalam kereta. Memang tiada langsung. Saya mula panik, "manalah hilang roadtax ni". Saya syak orang cuci kereta dah buang sampul tu. Nak marah mereka pun takde guna sebab manalah mereka tahu dalam sampul tu ada roadtax saya, kan?

Saya telefon ibu murid tu & beritahu apa yang berlaku. Dia minta saya beri salinan kad pengenalan pada anaknya (dia akan berikan pada ibunya setelah selesai sesi persekolahan). Harap² masalah saya ni dapat diselesaikan segera.

2 comments:

  1. cik laili, roadtax saya pun hilang. macam mana nak selesai? ciklaili dapat selesai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..dapat roadtax (salinan) dan boleh ditampal di kereta macam biasa..

      Delete