29 January 2010

Selamat pengantin baru Wawa

Selepas balik dari sekolah (lebih kurang pukul 1 tengahari), sempat juga berbual² dengan suami. Tak lama lepas tu suami ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Entah waktu bila saya terlelap sambil bf Amir, sedar² dah hampir pukul 2.30 petang. Saya bergegas bangun untuk sembahyang Zuhur. Hari ni, lebih kurang pukul 3 petang, saya & Amir bersama beberapa orang cikgu akan bertolak ke Teluk Rhu untuk ke majlis pernikahan cikgu Salwah (rakan sekerja saya). Saya tak mahu oleh kerana saya tertidur menyebabkan kami lewat sampai ke sana nanti.

 

Majlis pernikahan diadakan di masjid berhampiran dan berjalan dengan lancar. Alhamdulillah dengan sekali lafaz sahaja dari pihak pengantinlelaki, maka mereka telahpun sah digelar sebagai suami isteri. 

 

Untuk Salwa : "Selamat pengantin baru. Moga kekal hingga ke akhir hayat..Amin"

0 Comment:

Post a Comment