02 January 2013

Bersangka-sangka

Manusia hari ini suka bersangka²
Ada sangkaan baik
Ada sangkaan buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas

Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet

Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk

Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela


Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya

* Jangan asyik bersangka² je :)





7 comments:

  1. betui tu kak...tengok luar cantik,wangi belum tentu dalam pun macam tu..hehehe...

    ReplyDelete
  2. semoge la hati ni tak bersangka buruk pada orang wpun kadang2 tu ade je jugak.. huhuhu...

    ReplyDelete
  3. betul kak..kita sentiasa bersangka2 yang bukan2 pada orang diam , senyum , masam , menawan , ceria .. jikalau ada sifat begini ( buruk sangka ) berubah laa..

    ReplyDelete
  4. semoga kita semua sangka baik antara kita.. :)

    ReplyDelete
  5. kesimpulannya...marilah kita sama-sama bersangka baik kan...:)

    ReplyDelete
  6. Sangka baiklah dalam semua perkara. Tapi kalau nampak anak perempuan kita bawak pakwe dalam biliknya jangan sangka baik pulak.

    ReplyDelete