Drama Ariana Rose yang ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 petang adalah adaptasi dari novel yang bertajuk The Wedding Breaker karya Evelyn Rose. Drama ini disiarkan di Slot Akasia TV3 sejak 30 Disember 2013 telah mendapat sambutan yang hangat dari para penonton. Antara pelakon utama drama ini ialah Keith Foo (sebagai Datuk Wira Tengku Adam Kamil), Nur Fathia (sebagai Ariana Rose), Hisyam Hamid (sebagai Harith), Arja Lee (sebagai Ramzul), Nabila Huda (sebagai Liyana) dan ramai lagi.
Bagi yang terlepas menonton drama ini, anda boleh menontonnya secara online melalui link di bawah. Selamat mononton.
Sinopsis Drama Ariana Rose
Ariana Rose yang telah menyamar sebagai
kekasih Tengku Adam ketika di majlis pernikahan Tengku Adam dan Tengku
Juwita. Ariana bersetuju untuk berlakon kononnya dia sedang
mengandungkan anak Tengku Adam demi membantu sahabat baiknya, Tengku
Juwita agar perkahwinan itu gagal diteruskan. Tengku Juwita sememangnya
tidak mahu bersama dengan Tengku Adam yang terkenal dengan sikap kaki
perempuan.
Pengakuan palsu Ariana itu
ternyata telah memporak-perandakan majlis itu dan perkahwinan Tengku
Adam dan Tengku Juwita juga dibatalkan. Bukan reputasi Tengku Adam
sahaja di pandang rendah malah maruah keluarga Tengku Adam turut
tercalar. Tengku Adam berang dengan keadaan yang berlaku kerana dia
memang tidak mengenali Ariana. Jadi, Tengku Adam mengupah pengintip
upahan untuk menyiasat siapakah wanita yang telah melakukan pembohongan
di majlisnya.
Setelah berjaya
mendapat maklumat tentang Ariana, Adam nekad untuk menculik Ariana dan
membawa gadis itu ke Cameron Highlands. Tengku Adam cuba untuk
memerangkap Ariana dengan memaksa Ariana membuat pemeriksaan kehamilan.
Namun, Ariana tetap bertegas dengan mengatakan Tengku Adam adalah bapa
kepada anaknya kerana Ariana telah berjanji dengan Tengku Juwita untuk
menyimpan rahsia mereka berdua walau apa pun terjadi.
Tengku
Adam masih tidak berpuas hati. Kemudian dia terpaksa menggunakan cara
kotor dengan meragut kesucian Ariana. Ariana menyesal dan akhirnya
mengakui kebenarannya. Ariana mula membenci Tengku Adam dan sejak itu
dia tidak pernah lagi bertemu lelaki yang telah memperkosanya.
Selepas
2 bulan kejadian itu berlaku, Ariana meneruskan kehidupannya dengan
melakukan kerja-kerja amal. Tanpa disangka, Tengku Adam adalah
penyumbang terbesar bagi dana kebajikan di mana tempat Ariana bekerja.
Ketika majlis amal diadakan Ariana hadir bersama rakan sepejabatnya,
Harith. Entah mengapa Tengku Adam cemburu melihat kemesraan mereka
berdua.
Tengku Adam mula menyukai
Ariana. Namun, perasaan benci Ariana pada Tengku Adam dituduh tidak
pernah berubah. Cara Ariana melayan Tengku Adam juga ternyata berbeza
jika dibandingkan dengan layanan yang diberikan kepada Harith yang jauh
lebih mesra. Tengku Adam bertambah hilang pertimbangan apabila Ariana
turut mesra dengan bekas sahabat baiknya, Ramzul.
Tengku
Adam bermusuh dengan Ramzul kerana Tengku Adam tidak bertanggungjawab
setelah mengandungkan adiknya, Liyana suatu ketika dahulu. Liyana juga
kini kembali untuk mendapatkan cinta Tengku Adam semula. Liyana sanggup
melakukan apa sahaja asalkan Tengku Adam hidup bersamanya. Liyana
bertambah tidak keruan apabila cinta Tengku Adam pada Ariana makin
mendalam.Tengku Adam pula rimas dengan kehadiran Liyana kerana baginya
kewujudan Liyana membuatkan dia lebih jauh dari Ariana.
Sementara
itu, Ariana pulang ke kampung setelah diminta oleh ibu bapanya. Ibu
bapa Ariana telah merancang untuk menyatukan Ariana dengan pemuda
pilihan mereka. Tengku Adam mendapat tahu Ariana akan disatukan mengikut
pilihan keluarga. Tengku Adam tidak mahu kehilangan Ariana. Malah
Tengku Adam yang selama ini penuh dengan sikap ego, sanggup melutut dan
merayu kepada Ariana agar menerimanya sebagai suami.
Ada masa hari cuti nanti boleh layan drama ni..
ReplyDeletejom sama2 tonton :)
DeleteBest cerita ni. Senang ada tempat online macam ni. Nanti boleh tengok.
ReplyDeletesaya pun ada tertinggal beberapa episod. bolehlah tengok semula nanti..
DeleteOoh my mum loves this drama. Thanks for sharing!
ReplyDeletewelcome :)
DeleteThis particular papers fabulous, and My spouse and i enjoy each of the perform that you have placed into this. I’m sure that you will be making a really useful place. I has been additionally pleased. Good perform! Jiorockers
ReplyDelete