Permohonan Murid Tahun Satu (1) bagi Seluruh Negeri di Malaysia Ambilan Tahun 2019 - 2020

Makluman kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2014, Permohonan ke Tahun Satu (1) bagi Ambilan Tahun 2019 dan 2020 telah dibuka mulai 1 Mac 2018 hingga 30 April 2018. Permohonan boleh dibuat melalui laman web Sistem Pendaftaran Atas Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM) dalam tempoh tersebut. Selain itu, permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia (Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan).

Click link berikut untuk membuat permohonan :


(Bagi pengguna SPATKPM yang baru, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di PENGGUNA BARU)



Sebelum membuat permohonan menggunakan sistem SPATKPM ini, anda digalakkan untuk membaca Sistem Pendaftaran Atas Talian dan Manual Pengguna E-Daftar Rendah Tahun 1 terlebih dahulu bagi mendapat gambaran jelas bagaimana sistem ini berfungsi. 

Permohonan Murid Tahun Satu (1) bagi Seluruh Negeri di Malaysia Ambilan Tahun 2019 - 2020 Permohonan Murid Tahun Satu (1) bagi Seluruh Negeri di Malaysia Ambilan Tahun 2019 - 2020 Reviewed by cik laili on Thursday, March 01, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.