Percutian Ke Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh Perak, Malaysia

Masih tercari-cari destinasi percutian bersama suami / isteri dan anak-anak? Apa kata cuti kali ini anda bawa mereka ke Movie Animation Park Studios (MAPS) yang terletak di Ipoh, Perak. Untuk makluman, MAPS merupakan taman tema animasi yang pertama di Asia dan telah mula beroperasi pada 26 Jun 2017. 


Movie Animation Park Studios (MAPS)
3, Persiaran Meru Raya, 31200 Ipoh, Perak.
Nombor Telefon : 05-501 5666

Waktu Operasi 
Isnin - Jumaat : 10.00 pagi - 6.00 petang
Sabtu, Ahad, Cuti Umum & Cuti Sekolah : 10.00 pagi - 10.00 malam

Website : http://www.mapsperak.com
Facebook : Movie Animation Park Studios
Instagram : maps_perak

Harga Tiket : sila rujuk website MAPS untuk mengetahui promosi terkini.
* Tiket juga boleh dibeli secara online.







Terdapat pelbagai tarikan yang menarik mengikut kategori zon yang sudah pasti akan menjanjikan kepuasan dan keriangan kepada anak-anak. 6 Zon yang terdapat di MAPS ialah :

1. Animations square





2. Blast of Zone





3. Dream Zone





4. Fantasy Forest Zone





5. Lakeside Zone




6. Live Action Zone





Kami sekeluarga telah berkunjung ke MAPS pada bulan Ogos dan Oktober yang lalu. Di sini saya kongsikan beberapa perkara menarik tentang MAPS :

1. Kawasan MAPS tidak terlalu besar dan jarak setiap zon tidak jauh antara satu sama lain. Anak-anak boleh bergerak dengan bebas dan boleh juga berlari-lari dengan riang dan gembira. Ibu bapa mudah untuk memantau pergerakan anak-anak.

2. Staff MAPS sangat mesra dan sentiasa tersenyum. Jika ada show di zon lain, mereka akan memaklumkan pengunjung supaya tidak akan terlepas show tersebut. Selain itu, jika berlaku sebarang kemalangan kecil terutama di bahagian Bumper Blast, pihak MAPS akan segera menghantar wakil mereka untuk memberikan rawatan.

3. Terdapat ramai jurugambar di sekitar MAPS. Anda boleh minta mereka mengambil seberapa banyak gambar anda sekeluarga dan gambar-gambar tersebut boleh dilihat / dibeli di kedai MAPS Snaps.


4. Coral Kingdom sangat sesuai untuk kanak-kanak bermain dan tempatnya agak sejuk. Di sana juga disediakan tempat duduk untuk ibu bapa berehat sambil memerhatikan anak-anak yang sedang bermain.



5. Terdapat beberapa buah tempat makan yang disediakan dan mempunyai ruang yang selesa untuk anda sekeluarga. Harga makanan yang dijual agak sesuai dan berpatutan dengan MAPS yang merupakan taman tema animasi pertama di Asia. 





6. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan tayangan 4D Boboiboy yang pasti memberikan satu pengalaman baru untuk anda dan anak-anak. Kanak-kanak di bawah umur 4 tahun dan ibu mengandung tidak dibenarkan masuk atas faktor keselamatan.

7. Bagi anda yang beragama Islam tidak perlu risau untuk mencari tempat bagi menunaikan solat kerana kemudahan surau juga disediakan. Selain itu, kemudahan tandas terdapat di beberapa zon tertentu dan ruangnya agak besar serta selesa. 



8. Sebelum balik anda bolehlah singgah ke kedai cenderahati dan membeli barangan yang dijual oleh pihak MAPS seperti t-shirt, topi, payung dan lain-lain lagi sebagai tanda kenangan atau dijadikan sebagai hadiah.




Jika anda bercadang untuk bermalam di kawasan sekitar Ipoh, anda bolehlah membuat tempahan hotel dengan menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Trivago atau gunakan kemudahan Carian Hotel yang terdapat di blog ini.


Selamat bercuti diucapkan kepada semua pembaca blog ciklaili.com. Untuk melihat tempat-tempat menarik yang pernah kami kunjungi, sila ke entri Destinasi Percutian.
Percutian Ke Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh Perak, Malaysia Percutian Ke Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh Perak, Malaysia Reviewed by cik laili on Tuesday, November 21, 2017 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.