Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2016

Makluman buat semua calon SPM 2016, Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2016 telahpun dikeluarkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia pada 29 September 2016. Sebelum tarikh peperiksaan Kertas 3 yang dijadualkan pada 10 November 2016 (Khamis) (rujuk entri Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016), calon-calon bolehlah membuat persediaan awal seperti mengumpulkan bahan-bahan berkaitan dengan tema umum tersebut.

Berikut adalah Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2016 :
Click link berikut untuk download Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2016.  

Sedikit panduan bagi menjawab soalan Sejarah Kertas 3 :

1. Pastikan calon membaca terlebih dahulu Buku Teks Tingkatan 5 dengan merujuk kepada Tema Umum yang telah diberikan.

2. Pastikan juga anda telah membaca Contoh Soalan Dan Skrip Jawapan Sejarah Kertas 3 yang telah di print dan highlite fakta penting bagi memudahkan calon memilih jawapan dan tidak membuang masa ketika mencari jawapan.

3. Tulis fakta/jawapan mengikut markah yang telah diperuntukkan.
Contoh : markah yang diperuntukkan ialah 10 markah, berilah 10 - 13 fakta/jawapan yang munasabah.

4. Jawapan hendaklah ditulis dalam bentuk esei seperti Kertas 2 (Bahagian B - Esei)

Tema Umum pada tahun ini hampir sama dengan Tema Umum pada tahun 2013. Anda boleh membaca entri Contoh Soalan Dan Jawapan Sejarah Kertas 3 SPM 2013 sebagai rujukan dan panduan.

Post a Comment

0 Comments