26 July 2016

Tawaran Hebat Big Baby Fair (27 - 31 Julai 2016) Di Lazada

Pada masa kini, ramai yang memilih untuk membeli belah secara online kerana ia dapat menjimatkan masa, tenaga dan tidak perlu bersesak serta beratur panjang di kaunter pembayaran. Selain itu, penghantaran barangan juga mengambil masa yang singkat. Pengalaman saya sebagai seorang ibu, saya lebih suka membeli secara online sama ada untuk keperluan sendiri, suami mahupun untuk anak-anak.

Di sini saya ingin kongsikan berita baik buat anda yang bergelar ibu dan ayah. Bermula dari 27 - 31 Julai 2016 pihak Lazada akan mengadakan 'Big Baby Fair' dengan diskaun hebat sehingga 80%. Bagi yang belum pernah membeli belah di Lazada, Lazada adalah salah sebuah kedai online yang menjual pelbagai jenis barangan termasuklah barangan bayi, pakaian lelaki dan perempuan, barangan eletrik dan macam-macam barangan lain.

Click gambar di bawah untuk melihat barangan di Big Baby Fair :


Salah satu barangan menarik untuk dibeli semasa promosi 'Big Baby Fair' sudah tentulah lampin pakai buang. Saya memilih untuk membeli jenama Mamy Poko untuk baby Hana yang kini berumur 4 bulan. Jenama Mamy Poko memang ternyata berkualiti dan mempunyai ciri-ciri yang unik dan berbeza dengan lampin jenama lain.


Antara ciri istimewa yang ada pada lampin Mamy Poko :

1. Kedutan bebas pergerakan di bahagian peha yang sangat selesa.


2. Ban pinggang pas dan fleksibel serta muat untuk pinggang bayi.


3. Lapisan selembut sutera dan menyerap sehingga 12 jam.

4. Corak 'Winnie the Pooh' yang sangat menarik.


Baby Hana memakai lampin Mamy Poko

Bagi anda yang pertama kali membeli belah di Lazada, jangan lupa untuk menyatakan kod baucer Lazada (20LAP20) dan akan menerima diskaun tambahan sebanyak 20%. Memang menarik, kan?

Sebenarnya banyak lagi barangan yang boleh anda beli di Big Baby Fair seperti barangan permainan, barangan keperluan bayi dan macam-macam lagi. Dengan potongan harga sehingga 80% sudah pasti membuatkan anda teruja untuk membeli belah di Lazada. Apalagi...jangan lepaskan peluang untuk membeli belah di Big Baby Fair Di Lazada bermula pada 27 - 31 Julai ini!

2 comments:

  1. sekarang ni, ada sale lain pula kat lazada. nampaknya kena cepat-cepat grab.

    ReplyDelete
  2. kalau kena dengan promosinya, memang barang kat lazada ni murah giler.

    ReplyDelete