Peluang Anda Bertemu SpongeBob Squarepants dan Teenage Mutant Ninja Turtles!

Jika anda belum merancang aktiviti sepanjang cuti sekolah ini, apa kata anda bawa anak-anak ke The Curve pada 11 hingga 20 Mac 2016 untuk bertemu dan beramah mesra dengan watak kartun yang digemari ramai iaitu SpongeBob Squarepants dan rakan baiknya, Patrick Star. 


Jangan lepaskan peluang untuk menyertai kumpulan SpongeBob Squarepants atau Patrick Star di dalam permainan papan gergasi Goo Lagoon yang berukuran 30 kaki x 30 kaki. Anda hanya perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM80.00 ke atas barangan Nickelodeon di mana-mana cawangan di The Curve dalam satu resit dan pada hari yang sama berpeluang untuk mengambil bahagian dalam permainan tersebut.

Selain itu, bagi peminat Teenage Mutant Ninja Turtles pula jangan lupa untuk bertemu dengan watak-watak utama kartun tersebut seperti Leonardo, Donatello, Raphael dan Michelangelo di Mid Valley Megamall pada 12 hingga 20 Mac 2016.



Rebut peluang untuk turut serta dalam permainan menembak di Turtles Dimension X dan mengambil gambar kenangan anda bersama keluarga di photo booth yang disediakan.



Jumpa anda di sana!

Post a Comment

2 Comments

  1. Sangat sesuai untuk bawa anak-anak berjumpa dengan watak animasi tv mereka ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..tentu anak2 rasa seronok dapat berjumpa dengan watak kartun kegemaran mereka

      Delete